Saturday, 18 February 2017

Ya Kenapa tidak UMNO yang bertanding kerusi parlimen Raub?





Saya diberitahu akan tulisan Dato Wan Zamzuri diatas. Dia orang kuat UMNO Jerantut. Selalu bantu sahabat saya, Dato Sri Wan Mizan.Mudah mudahan, Dato Wan Mizan dapat jadi MB Pahang. 


Izinkan saya memberi sedikit komen. Jawapan ini untuk sebahagian isu yang dibangkitkan oleh WZWH. 
Tidak kira lah dia datang dari Jerantut- dia orang Melayu , rakyat Malaysia. Tidak ada masaalah. Lagi pun, Dato Shahrudin jemput beliau. Orang Raub bila tiba bab ahli parlimen bukan berkira sangat- Ng Yen Yen orang Kelantan, mereka rela terima. Tan Koon Swan pun bukan orang Pahang. MP2 Cina semua nya bukan orang Pahang atau Raub seingat saya. Jadi jika WZWH orang Jerantut, aok me nak marah?

Ini suatu cadangan yang amat baik. MP Melayu terakhir untuk Raub ialah Abdullah Majid. Orang UMNO gelar dia Dollah Kominis kerana dia kemudian dituduh sebagai seorang komunis oleh puak2 UMNO juga. Rupa2 nya, memang ini amalan orang UMNO dan penyokong mereka; yang tidak bersetuju dan berlawan pendapat digelar dan dilabel sebagai komunis. Hari ini, yang tidak bersetuju dengan mereka, dikatakan tidak cukup Melayu dan sekarang tidak cukup Islam.Kafir pun ada.

Sebab itu kita lihat berlakunya perpaduan dua kabilah sekarang- satu yang mendukung ketuanan Melayu dan satu lagi ketuanan Islam. Yang tidak ikut ketuanan Melayu, dilabel sebagai tidak cukup Melayu. Yang tidak ikut versi Islam Haji Hadi, dikatakan tidak Islamik, murtad dan bila meninggal dunia, dikebumi dijirat Cina.

Kembali kepada tajuk. Terima kasih lah kepada Dato WZWH kerana menjadi jurucakap UMNO Raub. Sekali lagi saya katakan ini pandangan yang baik. Raub yang majoriti penduduknya bangsa Melayu bergama Islam sudah hampir 40 tahun( sebelum saya, Melayu dan Islam) tidak berMPkan orang Melayu dan Islam.

Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Chew Mei Fun hari ini masuk kekampung2 baru cina-Sungai Lui, Cheroh, Sang Lee, Teras, Sungai Ruan, Sungai Klau, Bukit Koman, Sungai Cetang- menghasut orang2 cina jangan undi orang Melayu. Ertinya, Mei Fun seorang yang rasis.

Tapi orang Melayu selama ini tidak pun rasa apa2 kesalahan dari segi moral, menyokong orang Cina jadi calun MP Raub. Senator yang curi balak pun, orang UMNO sokong.

Maka tibalah masa nya, pemimpin UMNO mendesak Najib Tun Razak menyetujui supaya orang Melayu pula jadi MP Raub. Orang Melayu UMNO. Tulin dan sejati. 
Tambahan pula, semasa mesyuarat UMNO Bahagian Raub, Dato Sri Shahrudin Moin telah mengistiharkan dan disambut dengan sorakan goga dan gegak gempita, supaya Raub menonjolkan seorang heavyweight untuk merampas parlimen Raub dari DAP. Shahrudin Moin mencadangkan nama Dato Azinudin, jurutera dan pengarah lombong emas, Bukit Koman yang meracuni daerah Raub sebagai calun parlimen. Syabas Dato Shah, aok tak lihat Chew Mei Fun as heavyweight enough to wrest Raub.

Saya rasa orang UMNO yang gagah perkasa, jangan berganjak dari keputusan ini. Jika berganjak , dimana Dato Shahrudin hendak taruh muka dia? Jatuhlah kemaluan dia. Majority pengundi Raub ialah orang Melayu. Bila lagi hendak ada calun MP UMNO setelah gersang selama 40 tahun lebih?

Saya bersetuju benar, jika UMNO Raub mengadakan tunjukrasa- sewa bas persiaran, mengadap Dato Najib, mengadap Tengku Muda, Tengku Mahkota bahkan DYMM Sultan sendiri, agar memberi peluang untuk UMNO Raub meletakkan calun MP Melayu UMNO. Saya rasa mereka boleh menang. Dengan syarat , saya duduk berdiam diri lah. Saya tak terlawan jentera UMNO dan sumber kewangan yang mereka ada.

Desaklah Dato Najib walaupun, UMNO Raub tidak tahu bahawa Najib sudahpun menjanjikan kerusi parlimen Raub untuk MCA. Kalau tidak masakan Chew Mei Fun turun Raub sejak 1 tahun ini, berkempen mencaci orang Melayu dan Melayu UMNO Raub kata OK.Berdiam diri tanda setujulah tu.

Saya sangat bersetuju bila UMNO Raub dibawah arahan Shahrudin Moin menghalang Chew Mei Fun masuk kekawasan Melayu. Jangan bawa seorang rasis kedalam kampung2 Melayu yang berjumlah 42 kampung itu. Jika ada kematian, masakan Chew Mei Fun dapat sembahyang jenazah.

Berani kah Chew Mei Fun berkata kepada orang Cina jangan bangkang dan tolak kerajaan orang Melayu atas alasan yang tak betul? Dia tidak berani. Dia mesti main lagu perkauman untuk memenangi hati orang Cina.

Saya berani berkata begitu dihadapan orang Cina. Saya kata kepada mereka, jangan bersikap perkauman – jangan tolak pemerintah Melayu hari ini kerana alasan2 yang salah. Alasan yang dijual oleh Chew Mei Fun yakni jangan undi Melayu semata mata, mereka Melayu.

Saya kata kepada orang Cina- kamu mesti tolak kerajaan atas alasan2 benar- yakni tolak kerajaan yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang tidak amanah, yang tidak adil, yang mencuri duit rakyat, yang berbohong. Jika mereka lihat dan yakin pemimpin Melayu ada sifat2 ini- barulah tolak mereka. Jangan bersikap perkauman, menolak pemimpin Melayu hanya kerana mereka bangsa Melayu.

Tapi inilah calun yang UMNO akan bantu. Calun seperti Mei Fun yang rasis dan tidak berani berkata tolaklah kerajaan Melayu atas alasan yang benar.

Lanjutan dari cadangan WZWH itu, saya ingin beri pandangan- jangan berhenti setakat Raub. Desak calun2 Melayu UMNO diletakkan di Bentong - majority juga Melayu dan Cameron Hihglands. Takkanlah orang Melayu yang gagah perkasa dalam daerah2 ini masih rela berMPkan Cina dan India?

Mengenai kemajuan dan pembangunan yang ada di Raub, saya tidaklah mahu letakkan premium yang tinggi sangat kepada usaha orang UMNO. Ini mesti usaha MP2 Cina yang teradahulu, bukan pemimpin UMNO. Tidak begitu? Sebab nya, mana ada MP Raub dari UMNO setelah 3 yang pertama? Semua nya Cina belaka. Tentulah segala kemajuan dan pembangunan adalah hasil usaha MP2 cina ini.

Mengenai kemajuan dan pembangunan, masjid baru, UITM, jalanraya, pusat latihan MARA- semua ini adalah tanggung jawab kerajaan yang menguasai perbendaharan. Yakni mana2 kerajaan yang bertanggung jawab. UMNO tidak berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor- rakyat tetap dapat kemajuan dan pembangunan. Bukanlah UMNO sahaja yang terdaya memikirkan soal kemajuan dan pembangunan.
Profile penduduk Raub tidak bertukar- masih majority nya melayu. Maka jika pun kerajaan yang memerintah bukan UMNO, pembangunan dan kemajuan mesti mencerminkan kehendak dan desakan majority penduduk yang kian sedar mereka berhak mendapat yang terbaik. Selagi orang Melayu itu majoriti, maka itulah destiny. Kata orang puteh, demography is destiny.

Hanya saya cuma mahu tanya orang UMNO yang berdarah gelora ini- Melayu atau UMNO yang besar? UMNO memerlukan orang Melayu, orang Melayu memerlukan sebuah kerajaan yang baik dengan pemimpin yang baik. Janganlah menghadkan Melayu itu mesti UMNO. Saya berada dalam wadah politik yang lain, tapi tetap juga Melayu.

Objektif kita ialah meramaikan orang Melayu di parlimen. Jika saya menang, sebagai contoh, bertambah seorang lagi Melayu dalam parlimen. Jika UMNO Raub tewas sebelum masuk gelanggang dan akur pada permintaan Najib Tun Razak, dan menyokong Chew Mei Fun, apakah hasil nya jika Chew Mei Fun menang? Orang Melayu UMNO telah menyebabkan bertambahnya seorang lagi Cina dalam parlimen.

Orang Melayu boleh bertelingkah mengenai hal2 politik- tapi jika musibah besar mengancam mereka, mereka akan bersatu.

Senario masa hadapan kepada saya begini. UMNO akan tewas banyak kawasan dan jumlah kerusi nya akan berkurang. Ketika itu ia akan membentuk kerajaan perpaduan. Orang Cina akan terus menyokong DAP dan MCA akan tewas hampir semua kerusi mereka. MIC akan hilang semua kerusi. Sarawak belum tentu menyokong UMNO dan Sabah selepas PRU14 akan dikuasai oleh Shafie Apdal. Dia tak sokong UMNO.

Maka sebagai penamat, nasihat saya, kepada seorang pengomen- janganlah terlalu taksub mengecap DAP sebagai ejen mossad lah, ejen yahudi lah, komunis lah dan sumpah seranah sebagainya. Najib pergi ke China menjilat bontot bapak kominis untuk mendapatkan wang bagi menutup skendal 1MDB itu bagaimana? Najib bersekongkol dengan China jual tanah, asset kepada China, bagaimana?Boleh saya kata Najib ada nama baru- Mao Hu Tang?


Wednesday, 15 February 2017

Lim Kit SiangTurun Ke Raub

Untuk sekian lama, Lim Kit Siang digambarkan sebagai hantu jembalang kepada orang Melayu. Orang Melayu, seperti di-nyatakan oleh Frank Swettenham, adalah orang yang kuat agama Islam , tapi pada masa yang sama, sangat tebal juga kepercayaan kepada hantu, syaitan dan pelesit manjangan. Siapa Frank Swettenham, tak perlu agaknya saya ceritakan siapa. Tidak ada apa yang saya boleh buat, kalau tidak bersekolah.
Kepada orang Melayu, Kit Siang itu hantu yang paling besar. Orang Melayu secara semulajadi takut akan Kit Siang. Inilah imej yang dicipta oleh puak2 UMNO. Kit Siang digambarkan sebagai chauvinist China yang anti Melayu, anti agama Islam dan anti Raja2 Melayu. 
Kit Siang adalah imej yang dinukil oleh media yang dikuasai oleh UMNO- utusan Malaysia, TV1,2 dan 3.
Parlimen Raub mengorak langkah membetulkan persepsi salah ini dengan membawa Lim Kit Siang bertemu dengan orang Melayu. Saikoloji orang Melayu ialah- mereka mahu bersua dan berdepan muka, membaca air muka, membaca bahasa badan dan membuat rumusan. Kalau mereka sudah mempercayai dan meyakini keikhlasan, maka persepsi itu akan melekat dalam benak orang Melayu. Saya mahu Kit Siang berdepan dengan orang Melayu dan menjawab segala kemusykilan yang tersemat dalam dada orang Melayu.
Inilah yang paling ditakuti oleh UMNO. Apa jadi jika orang Melayu sedikit demi sedikit, meningkat kepercayaan kepada Kit Siang dan DAP?
Suatu pertemuan telah diadakan antara orang Melayu dengan Kit Siang pada 1 Januari 2017. Pertemuan itu telah dilansungkan dikedai Husin Ikan Kelah, Raub. 
Walaupun tidak ramai yang hadhir, sekitar 50 orang, tapi pertemuan itu sungguh bernilai tinggi. Saya mengharapkan pertemuan itu dapat menghakis syak wasangka dan gambaran salah yang dicerna oleh UMNO. 
Kit Siang telah menjawab soalan2 sama adakah dia anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja2 Melayu. Yang paling penting, kepada saya, Kit Siang dapat menjawab fitnah peranan nya dalam peristiwa Mei 13 , 1969.
Apa yang kita harap , dapat dipelajari dari pertemuan Kit Siang dan orang Melayu ini?
Selain menjawab soalan2 diatas secara langsung, majlis yang kita adakan itu dapat menjawab soalan2 durjana yang ditaburkan oleh puak UMNO.
DAP menerima kesemua peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah provisi2 hak2 orang Melayu, kedudukan Bahasa Malaysia, Raja2 Melayu dan agama Islam. Mengenai peruntukan2 dalam perlembagaan tu, tidak timbul dakwa dakwi dari DAP. Yang bermasaalah dengan DAP ialah UMNO dan MCA. Kita yakin MCA akan pupus selepas PRU14.
Bolehkah DAP membentuk kerajaan secara persendirian? Jawab nya tidak boleh dan UMNO telah memperbodohkan orang Melayu. Struktur agihan kuasa dalam negara ini, dari Raja2 nya sampai lah kepada pengerusi JKKK dan JKKR ( felda) J/kuasa surau dan masjid, semua nya dikuasai oleh orang Melayu.
95% penjawat awam ialah Melayu dan mereka hanya perlu mogok satu hari sahaja, maka lumpuhlah kerajaan yang anti-Melayu. Polis dan tentera hampir semua nya Melayu. Kerajaan Melayu jugalah yang akan menguasai legitimate coercive forces ini.
Jika DAP menang 50 kerusi parlimen sekalipun, ia perlu bermuafakat dan bergabung dengan parti2 lain yang majoriti nya Melayu untuk membentuk kerajaan Federal. DAP sedar bahawa mereka tidak boleh mengenepikan keberadaan orang Melayu dalam negara ini. Majoriti penduduk ialah Melayu dan Melayu lah yang akan teruus menguasai politik dalam negara ini. 
Pada tahun 2035, dianggarkan peratusan jumlah Melayu ialah 85% dari penduduk negara ini. Kerajaan nya pasti orang Melayu. Yang perlu kita didik diri kita ialah menyedari bahawa Melayu itu tidak semestinya UMNO.Walaupun saya dalam parti DAP, saya tetap Melayu dan beragama Islam. Tapi saya enggan ditakrifkan oleh puak UMNO.
Cerita mengenai Lim Kit Siang jadi TPM atau jawatan2 lain setaraf dengan nya adalah cerita rekaan orang nyanyuk seperti Tengku Aziz dan pemimpin UMNO yang takut akan bayang sendiri. Tidak ada pertemuan dan permuafakatan antara pemimpin DAP dengan Dr Mahathir atau pemimpin Melayu yang lain untuk menjadikan Lim Kit Siang TPM.Yang menagih jawatan TPM ialah MCA juga cina.
Jika DAP menang 50 kerusi, ia akan menjadi sebuah parti politik yang berpengaruh dalam negara ini. Paling tinggi yang ia boleh harapkan ialah menjadi pembantu kepada gerakan memperkukuhkan demokrasi dalam negara ini.
DAP tidak mewakili orang Cina- perkara ini tidak disedari oleh ramai orang. Benar, parti ini dianggotai pada majoritinya oleh Cina, tapi DAP mewakili semua rakyat yang mahukan kerajaan yang baik, kerajaan yang bebas rasuah, kerajaan yang menjunjung kedaulatan perlembagaan Malaysia dan memuliakan perlembagaan dan kerajaan yang mendukung pemerintahan ikut undang2. DAP mewakili semua yang mahukan keadilan sosial dan politik dan menjuarai dan membela dan melindungi semua orang dari kebuasan pemerintah. 
Kepada puak2 UMNO yang merintih sedikit nya Melayu dalam DAP, masuklah dalam parti DAP supaya Melayu bertambah ramai. Tapi kita tidak mahulah yang berkualiti kayu mati dan riff raff masuk dalam DAP. 
Saya ada terbaca orang Melayu yang mengatakan bahawa DAP ini parti cauvinis cina. DAP tidak lebih cauvinis dari cauvinis nya orang Melayu dalam beberapa bab. 
Tulisan dalam internet yang dimaki hamun oleh pengomen2 Cina bukan terdiri dari Red Bean Army kerana ianya tidak ujud. Respons yang bersifat penghinaan itu pastinya datang dari individu2 Cina yang sememangnya rasis sifat mereka. DAP tidak suka unsur rasis ini dalam DAP. Tapi pada waktu yang sama, semua itu adalah respons kepada sikap rasis orang Melayu juga. 
Saya sendiri secara terbuka berkata kepada ahli2 DAP- jangan tolak kerajaan kerana ianya Melayu. Itu alasan yang salah. Kita tolak kerajaan kerana ia korap dan rasuah, mencuri wang, lembab, tidak tahu mengurus ekonomi negara, salah guna kuasa. Kita tolak kerajaan kerana sebab2 yang sahih. 
Maka janganlah kita orang Melayu terpedaya dengan pembohongan yang mengatakan DAP itu parti komunis, parti Cina atau penaung red bean army.
DAP melawan segala bentuk kezaliman dan melindungi semua rakyat Malaysia dari kebuasan pemerintahan BN dan UMNO.  
Orang Melayu Raub sendiri sedar- Chew Mei Fun yang diwarwarkan sebagai calun parlimen BN untuk Raub, masuk kesegenap kampung Cina dan menghasut orang Cina jangan undi calun parlimen Melayu. Itu menjadikan dia seorang rasis dan orang UMNO seperti biasa dapat pula menerima perkara ini? Padan muka orang Melayu jika Chew Mei Fun menipu anda semua.
Saya sebagai ahli parlimen Melayu yang bertahan, hanya mahu tanya dan ingatkan orang Melayu Raub. Jika anda mengundi Chew Mei Fun dan dia menang, maka anda telah menambah seorang lagi Cina yang rasis dalam parlimen. Jika anda menyokong saya, maka sebagai orang Melayu yang menyokong saudara nya, anda menambah seorang lagi orang Melayu dalam parlimen. 
Bukankah itu, matlamat anda sebagai pengundi Melayu? Ingatlah, sebelum saya, orang Melayu, jadi MP semenjak 2013, selama 40 tahun lebih, Raub yang majoriti penduduknya Melayu berMPkan orang Cina. Adakah ini seiring dengan janji kita sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam? Saya tukar wadah, bukan tukar aqidah. Kepada Allah jua yang saya dan anda sama2 sembah.








Sokongan Masyarakat Orang Asli makin meningkat!


Masyarakat Orang Asli hari ini sedang dalam proses mencapai kesedaran politik yang tinggi. Meraka tahu bahawa jalan keluar dari kemunduran ialah pendidikan, latihan dan membekal diri dengan kecekapan2 hidup yang lain. 
Bangsa Korea keluar dari kemunduran melalui pendidikan dan bersaing secara intensif. Masyarakat orang asli, mesti membudayakan diri mereka dengan nilai2 yang serupa. 
Dari sudut politik pun, orang asli sudah mula assert keberadaan mereka. Mereka tidak lagi rela dibeli dan dianiayai. Kita semua tahu apa yang berlaku di Gua Musang. Jika benar, tanah adat atau tanah resev orang asli diceroboh, maka, kita semua mesti sokong masyarakat orang asli. 
Mereka telah mendirikan sekatan kepada lori2 dan kenderaaan yang hendak menceroboh kedalam kawasan mereka. Bahkan mahkamah pun telah memerintah bahawa sekatan yang dibangunkan itu dalam bidang hak orang asli mempertahankan hak mereka.
Orang Melayu, terutama pegawai2 jabatan hutan dan jabatan2 kerajaan yang lain sepatutnya tahu dan mengerti mengenai konsep hak ini. Tidakkah orang Melayu selama ini menjerit sana isni mengenai hak istimewa dan kedudukan orang Melayu? Tentulah orang yang hidup dan bangun celik mata memperjuangkan dan menjaga dan mengukuhkan hak istimewa Melayu, lebih faham bahawa hak kepada orang asli juga disifatkan demikian? Orang Melayu sepatutnya yang pertama memperakui hak orang Asli ini.
Bahkan apa yang dlakukan oleh orang asli Gua Musang sepatutnya menjadi pengajaran kepada orang Melayu. Pada suatu ketika dahulu istilah 'sakai' digunakan dalam nada menghina untuk describe suatu kumpulan ethnik yang mundur, tidak tahu tempat, yang bodoh, yang kotor dan sebagainya. Kadang2 istilah jakun digunakan.
Nah sekarang, saya boleh katakan bahawa sikap dan pendirian Orang Melayu lebih teruk dari 'sakai' dan 'jakun'. kita sudah tidak tahu mempertahankan sebagai contoh, tanah yang kita milik. Perihal tanah resev Melayu yang tinggal sekangkang kera hari ini, tidak perlu lah kita berhiba mengenai nya. Nasi sudah menjadi bubur. Pemimpin Melayu sendiri yang menggadai hak Melayu. Oang Melayu kita pada umum nya, yang ada pun kita tidak terjaga bahkan sanggup melepaskan. Orang 'sakai' sanggup berperang mempertahankan hak mereka.
Kita orang Melayu , kalau boleh jual semuanya. Najib lagilah terbilang dalam menjual harta rakyat dan negara untuk menyembunyikan rompakan yang dia lakukan. 
Kini orang Asli mengajar kita, apa kita harus buat , untuk menjaga apa yang kita ada. Orang Felda  misalnya, sanggup melepaskan hak yang ada dalam KPF dan kepentingan dalam Felda Holdings dengan bayaran yang tidak setimpal. Bahkan apa pun harga yang dibayar- pengajaran nya ialah janganlah menyerahkan hak yang kita ada. Felda menyerahkan 360,000 hektar tanah Felda Plantations. Saya tidak hairan nanti, orang Melayu yang tidak memuliakan konsep 'hak' itu akan melepaskan tanah milik mereka yang seluas 10 ekar satu hari nanti. 
Pengajaran kedua- orang Asli mengajar kita bahawa 'hak' ialah sesuatu yang diperjuangkan dan dipertahankan. Ianya bukan sesuatu yang lahir bersama kita dari perut ibu kita. 
Pakatan Rakyat terutama DAP sentiasa menyokong perjuangan dan usaha masyarakat asli yang sahih dan legitimate. Kita berkerjasama dengan mana2 NGO untuk meningkatkan kebajikan dan nasib orang2 yang tertekan dan tertindas seperti juga orang Asli. 
Di Raub orang Asli mendapat sokongan dari satu organisasi yang bernama SEMOA Sdn Bhd. Ianya sebuah syarikat yang beroperasi untuk mamajukan komuniti orang Asli dan mengasuh mereka mengenai hak mereka. Mereka memilih untuk mendapatkan pendidikan, latihan dan bekalan kecekapan. Dengan pendidikan, orang Asli akan mencapai kesedaran sosial dan politik yang baru. keberadaan organisai seperti SEMOA ini akan membantu apa yang dilakukan oleh jabatan kemajuan orang Asli( JAKOA). Nampak gayanya masih ada banyak lagi yang mesti dalakukan oleh JAKOA.
Satu daripada nya ialah pendidikan dan latihan. Kedua, saya ingin melihat JAKOA memainkan peranaan assertive untuk mendapatkan komuniti orang asli perkara2 seperti berikut:-
  • pembangunan insfrastructure dan kebersihan dalam kampung2 orang asli
  • perumahan untuk komuniti orang asli.
  • mengazetkan dengan terang tanah resev orang asli.
  • kemajuan ekonomi untuk komuniti rang asli.
Saya merasakan SEMOA memainkan peranan yang sangat bernilai untuk komuniti orang asli dalam daerah Raub.  Mereka boleh bergantung harap kepada kita untuk menjuarai masa depan mereka.









Saturday, 28 January 2017

Gambar2 lebih bernilai dari 1000 perkataan.


Bila kita tidak siarkan gambar, budak2 UMNO kata kita tidak ada dalam kawasan. Bila kita siarkan gambar, ada pula yang kata kita menunjuk nunjuk. Jadi semua tak kena. Pengajaran nya: kita tidak dapat puaskan hati semua orang.We can't please anyone. Apatah lagi budak2 UMNO dan MCA.Itulah kerja mereka pun.
Baru2 ini, Raub dilanda banjir. Pada kemuncak nya, seramai hampir 500 orang dipindahkan keserata pusat pemindahan banjir. Gegak gempita budak2 UMNO dan MCA. Macam lah tsunami sudah melanda. 
Fiil budak UMNO beginilah. Menyalak sana sini, tapi habuk pun tidak ada. Setelah 40 tahun lebih BN memerintah parlimen Raub- masaalah air tidak selesai juga. Masaalah tanah orang Melayu pun tidak selesai. Pembalak rogol hutan Raub sana sini, mereka OK juga. 
Bahkan apabila Taman Bandar, padang rekreasi hendak dibangunkan, maka yang dipersalahkan MP Raub. Sedangkan yang memerintah, yang control pejabat tanah dan kerajaan negeri ialah UMNO. Cadangan membangunkan taman bandar pun mesti datang dari pemimpin UMNO. Apa mereka buat dalam mesyuarat pembangunan Daerah?Pemimpin UMNO berkomplot dengan cukong2 Cina untuk membangunkan suatu kawasan yang digazetkan sebagai taman rekreasi. Kita akan siasat sama ada DO bersekongkol dengan pemaju Cina dan pemimpin UMNO. Kalau perlu kita lapur ke SPRM, kita akan buat demikian.

Banjir di Raub ini biasa nya 2 -3 hari sahaja. Banjir Raub lazim nya kerana air tidak sempat mengalir dengan pantas- longkang, parit dan sungai tersumbat dan sesak. 
Longkang dan sungai tersumbat sebab JPS dan jabatan kerajaan tidak ada peruntukan. Ya- tidak ada atau tidak cukup. Duit kerajaan sudah disamun oleh Najib dan konco2 nya. Tempat tadahan air dihulu semua dgondol oleh rakan2 pembalak UMNO. UMNO yang memerintah kerajaan, maka yang disalahkan mestilah UMNO. Ini, yang tidak ada kuasa yang disalahkan. Cuba beri kita ambil alih kerajaan. kita akan lakukan yang lebih baik dari UMNO.
Hendak buat macam mana, inilah kebenaran nya. 
Semua pusat pemindahan adalah dibawah pemantauan pejabat Daerah, JKM, Majlis Daerah, Bomba, JPAM dan jabatan kerajaan yang lain. Jabatan2 ini bersiap sedia untuk memberi bantuan dan pertolongan.Kalau budak2 UMNO yang ada cita2 nak jadi YB hendak tahu, peruntukan disediakan oleh kerajaan untuk malapetaka seperti banjir. Pada 24hb Januari, ketika saya keluar dari Kg Chenua, Sengkela dan Gesing, saya nampak pegawai2 JPS sedang memantau air naik di Jalang Gali Tengah.Saya tidak nampak pun pemimpin UMNO atau MCA Raub- tapi itu tak jadi masaalah, sebab mereka bukan lapur diri kepada saya.
Mana2 parti politik pun hanya membantu. Yang ada kelebihan boleh sediakan bot. Boleh sediakan tenaga sukarela untuk bantu. Hantar lah puteri atau wanita masak untuk mangsa banjir. Basuh kain, gosok pakaian kalau tidak keberatan. Tuhan akan balas pengorbanan tersebut. Hanya, janganlah perkecilkan usaha orang lain. 
UMNO sebagai contoh, jangan lah cakap besar- setiap bantuan yang dihantar ialah dari peruntukan kerajaan. Tapi mereka tak malu mengakui bahawa itu semua barang yang mereka beli dengan duit sendiri. Rasmi UMNO bukan nya keluar duit, tapi ambil duit. Curi, samun, rompak, lanun. Inilah dasar2 kerajaan Perompakrasi.
Berbeza dengan parti pembangkang- mereka mengeluarkan belanja sendiri dan menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar bantuan banjir.
Saya memilih untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir individu yang tidak pindah ke pusat pemindahan. Mangsa di pusat pemindahan diberikan banyak sumbangan- makanan, tilam, selimut, dan barang lain2. Malah apabila YM Tengku Muda Pahang melawat beberapa pusat pemindahan di Raub baru2 ini, mangsa banjir semua mewah seketika. Alhamdulillah. 
Secara lazim pula selepas banjir, mereka yang berdaftar di pusat pemindahan akan dapat bantuan kewangan dari kerajaan- RM400-500 sekeluarga. Semua yang berdaftar dapat. Itu semua duit kerajaan yang memerintah. kerajaan ialah milik semua rakyat. Bukan hanya penyokong UMNO.
Maka adalah seorang dua matlaon UMNO yang bongkak berkata bahawa kalau parti pembangkang pun mengharapkan bantuan kerajaan, baik lah UMNO terus memerintah. Saya hanya ada satu nasihat dalam bahasa yang mudah orang jenis ini faham- dahulu emak dan ayah suruh belajar bersungguh sungguh tidak mahu. Maka bila dewasa, kebodohan semasa dewasa ini ditekan keatas masyarakat. 
Kerajaan bukanlah milik parti UMNO- peruntukan diketepikan untuk kerajaan menjaga mangsa banjir semua datang dari pembendaharaan. Duit itu rakyat yang punya, bukan UMNO. UMNO di-amanah mengaplikasi wang tersebut- jadi jagalah perbelanjaan; beli yang patut dibeli dan beri kepada yang berhak menerima. Jangan ada yang menangguk di air yang keruh pula. Selimut RM12 jadi RM40. Beras 5 kilo RM13 jangan jadi RM20. 
Yang berhak menerima ialah semua mangsa banjir bukan penyokong UMNO dan bukan kumpulan yang dipilih oleh ketua kampung yang terdiri dari saudara mara dan para pengikut. Ketua Kampung jaga semua warga kampung, bukan ahli UMNO sahaja tau. Saya dah masak dengan perangai orang2 UMNO.
Ada orang UMNO dan macai MCA kata kemana hilang nya ahli parlimen? Saya jawab saya bukan lapur diri kepada mereka. Mereka tidak nampak bukan bererti saya tidak ada di Raub. Ketua bahagian UMNO ketika kemuncak banjir pun ada di Kuantan. Siapa pun tidak peduli asal jentera kerajaan beroperasi.Itu hal dia, tidak jadi kudis kepada saya. Dia pun sahabat saya juga.
Macai MCA ini hendak mengada ngada apa hal? Ada seorang cinabeng tanya- hoi mana MP Raub ketika kami memerlukan kamu? Dia hendak suruh saya jampi supaya hujan akan berhenti kah? Aatau dia ingat saya boleh sekat air bertakung? Saya hendak tanya- mengapa kamu tidak protes dan bantah tauke2 cina yang menebang kawasan tadahan air? mengapa tidak sekat tauke2 MCA yang menerokai tanah secara haram? Mereka yang menyebabkan tadahan air musnah dan air tidak terkawal. 
Sepanjang saya jadi ahli parlimen, tidak pernah pun kampung2 Cina apatah lagi bandar yang ramai orang Cina banjir. Kelmarin apabila saya menceritakan kepada orang Cina Raub, mereka tidak tahu pun ada banjir. Ertinya, tahap kepedulian orang Cina terhadap musibah yang melanda orang Melayu ialah hampir sifar.Ini seorang cina yang mahu jadi famous pakai hentam keromo.
MCA mengada ngada lebih. Chew Mei Fun hulur bantuan pun bukan duit bapak dia. Itu semua duit kerajaan. 
Kalau UMNO mahu lakukan kebajikan lakukanlah tanpa mempersenda usaha pihak lain. Kita pembangkang beroperasi setakat kita mampu. Orang UMNO belanja pun atas duit kerajaan, berkenderaan pun guna kenderaan rasmi. 
Inilah salah guna kuasa. Pihak kerajaan- pejabat Daerah, JKM dan lain jabatan yang beri bantuan. Bukan parti UMNO. kalau parti UMNO menyalah guna perkara2 ini, maka ini rasuah dalam bentuk salah guna kuasa. 







Kita bantu setakat yang mampu. Kita ucap terima kasih kepada UMNO membantu mengagihkan bantuan untuk mangsa banjir. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan kerajaan yang bertungkus lumus membantu. mereka lah yang sebetulnya wira dalam meringankan musibah dan kesusahan yang dialami oleh rakyat Raub.
Nasihat saya kepada UMNO dan MCA- jangan cari pablisiti murahan kalau mahu beramal baik. 



Monday, 17 October 2016

Keangkuhan yang Membinasakan- Fatal Conceit



Ia nya perlakuan dan tindakbalas yang semula jadi. Apabila hasil dari usaha yang kita lakukan tidak sebagaimana yang diharapkan, secara semula jadi kita menyalahkan orang lain, kecuali diri kita sendri.
Walhal, minda2 terhebat dalam negara ini bertungkus lumus menghasilkan apa yang kerajaan telah istiharkan. Sejak 2009, kita dihujani dan dibanjiri dengan pelbagai 'inisiatif' seperti  ETP, NKRA, GTP, dan pelbagai akronim lain- tapi yang dicapai tidak seperti yang disarankan.
Bak kata orang putih, gimmickry bukan ganti substance atau isi.Dan kita sendiri terkesan oleh omongan kosong ini.
Berlawanan dengan pendapatan yang lebih tinggi, pendapatan negara menurun akibat harga minyak turun, harga komoditi rendah; kadar pertumbuhan ekonomi tidaklah sehebat yang diterangkan- kita perlu ingat kita menumbuh dari asas yang kecil. Negara industry besar tumbuh daripada asas/base yang besar. 1% pertumbuhan negara perindustrian lebih besar dari 4% pertumbuhan dalam ekonomi kecil. Kerajaan menaikkan cukai yang tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah; perbezaaan pendapatan secara absolut makin melebar dan keadaan ini tentulah menimbulkan perasaan tidak adil.
Tapi kerajaan Najib menyalahkan orang lain kerana kegagalan nya. Ada kuasa dan tangan ghaib yang mensabotaj usaha kerajaan kata Najib. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, bekas PM dan TPM sekarang ini dianggap musuh utama. Perpaduan tidak boleh dicapai kerana 2 orang ini mensabotaj usaha kerajaan.
Kerajaan Najib enggan mengaku bahawa penyebab huru hara ialah dasar dan polisi mereka yang cacat. Jenis PM apa yang membenarkan suatu kumpulan rakyat negara ini, menyerang suatu kumpulan rakyat lain? Ini disebut anarki, kerajaan hilang kawalan atas perlaksanaan undang2 dan ketenteraman awam.
Mengenai sikap rasmi terhadap Mahathir dan Anwar, ini suatu layanan yang tidak masuk akal. Idea2 besar Mahathir selama 22 tahun itu adakah ianya salah belaka? Sedangkan, sama ada kita suka atau tidak, idea2 besar atau leading ideas semasa itu menjadikan Malaysia apa ianya sekarang. Yakni sebelum dimusnahkan dan dirosakkan oleh Najib yang tidak ada punca atau clue bagaimana mengurus negara selain dari berbuih mulut mengeluarkan slogan dan propaganda.
Minda dr Mahathir dan Anwar Ibrahim sama seperti dahulu juga- adakah itu bermakana selama 22 tahun, Malaysia diurus oleh musuh negara? Dan untuk sebahagian besar usia politik Anwar- dia dalam penjara tapi masih digelar ancaman dan musuh negara?
Apa yang sebetulnya terjadi ialah, ternyata Najib menyalahkan orang lain untuk menutup kemungkaran yang dia lakukan. Respons paling mudah ialah menyalahkan orang lain dan menganggap faham dan pandangan yang tidak bersetuju dengan nya, sebagai musuh. 
Najib boleh melakukan ini semua sebab dia menguasai segala jenis media dalam negara ini dan sesiapa yang menguasai media, menguasai minda rakyat. Bahkan kemerdekaan bermedia secara internet pun diancam oleh undang2 kerajaan Najib.
Itu reaksi tipikal orang yang mahu menyembunyikan kelemahan dan kesalahan sendiri. Seluruh dunia tahu siapa Najib. MO1 yang menerima wang yang dicuri dari 1MDB- pemimpin Malaysia yang meluluskan penyelewengan bersiri yang dilakukan oleh orang2 dalam 1MDB.
Sikap Najib dianak-angkat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan agenda Islam. Apabila gagal melaksanakan agenda mereka, maka yang disalahkan ialah kurang nya kuasa pada mahkamah syariah. Penyelesaian mereka ialah mahu menganugerahkan lebih kuasa kepada mereka dan melakukan konsentrasi kuasa dalam tangan penjaga moral rakyat.
Kita mesti melihat pembentangan akta 355 sebagai usaha konsentrasi kuasa dalam tangan suatu kumpulan yang bukan dipilih rakyat dan suatu usaha menyalahkan kekurangan kuasa pada institsi yang sedia ada untuk sebetulnya menutup kegagalan sendiri dan kelemahan pendekatan asuhan agama Islam sendiri.
Hukuman yang selama ini dipakai, iaitu yang dikenali secara popular dengan ekspresi 3,5,6- 3 tahun penjara, RM5 ribu denda dan 6 sebatan tidak mencukupi untuk mengekang orang Islam yang jahat. Rupa2 nya, orang Islam ini ramai yang jahat- dakwah dan pendidikan agama yang dilakukan, program keagamaan yang dilakukan saban hari, seruan dan syarahan yang dilaungkan oleh ustaz tua dan muda, imam tua dan muda, tidak berkesan membentuk keIslaman orang Islam.
Adakah ini dislesaikan dengan memperkasakan mahkamah syariah? Atau kita menumpu kepada penyebab sebetulnya? Dasar yang gagal mengasuh orang Muslim dengan Islam yang rahmah, kelemahan institusi keluarga Islam, permusuhan dengan ketamaddunan Islam. 
Hanya yang dlihat oleh pelopor2 agenda Islam ialah banyakkan undang2 Islam yang bersifat punitive atau penyiksaan dengan mempercayai penundukan orang Islam, penekanan minda mereka itu kemenangan kepada agenda Islam. Yang dikehendaki ialah tunduk dan patuh kepada golongan tertentu.
Betapa salah nya mereka.