Sunday 21 August 2016

Melayu berkuasa dari PM ke JKKK ke PIBG, tapi keadaan mereka terkebelakang juga.



Ekonomi kita ialah ekonomi kapitalisme diurus. Dalam bahasa Inggeris managed capitalism. Ertinya, kita tidaklah menyerahkan segala nya kepada penyelesaian pasaran bebas. Kerajaan campur tangan untuk menentukan politik dan dasar.
Soalan: Jika kerajaan campur tangan melalui politk dan dasar, mengapa keadaan ekonomi orang Melayu untuk sebahagian besar mereka, masih ketinggalan? Dalam artikel yang terdahulu, kita lihat dikalangan Melayu sendiri, kesenjangan pendapatan antara 20% teratas dengan 40% terbawah, secara absolute, semakin melebar. Golongan 40% ditengah, pun mengalami pengurangan penadpaatn secara absolute. Itu belum di adjust untuk inflasi dan GST.
Bukankah UMNO selalu bertempek dan gegak gempita, bahawa kerajaan kita ialah kerajaan Melayu? Bahkan slogan UMNO ialah demi bangsa, agama dan negara (Melayu). Dari PM sampai kpada pimpinan akar umbi diperingkat JKKK, ketua blok, PIBG, semua nya Melayu. Nampaknya, yang merasai nikmat dari kedudukan berkuasa ialah hanya orang2 dalam kumpulan. Sedangkan, majority orang Melayu ketinggalan. 
Dasar dan politik UMNO tidak menyentuh mereka dan oleh kerana mereka berada diluar kumpulan, mereka tidak merasai nikmat dari mendapat kuasa.
Jika kuasa diagihkan secara meluas dikalangan orang Melayu- dari PM kepada JKKK, JK masjid dan surau, PIBG, dan sebagainya yang bererti agihan kuasa itu lebih merata dan yang bererti, diatas kerta, orang Melayu penikmat demokrasi yang lebih meluas, mengapa orang Melayu tidak juga berada didepan?
Jawapan kepada misteri ini ialah, yang lebih penting bukan nya agihan kuasa yang meluas tapi adakah mereka yang diberi kuasa dan orang awam diluar organisasi2 ini, mentadbir diri sendiri? Mengurus diri sendiri? Self governing?
Kalau kita lihat, semua organisasi Melayu ini tertaklok kepada yang lebih atas sehinga keputusan diperingkat bawahan tidak dapat dibuat. Maka, walaupun kuasa politik iti diagihkan secara meluas, keputusan untuk beroperasi secara merdeka, tidak ujud. JKKK mesti dapat kelulusan dari Penghulu mesti dapat keputusan dari ado dan do.
Keadaan ini berbeza dengan masyarakat Cina. Bahkan diperingkat kampong baru Cina pun, walaupun ada versi ketua kampong mereka, tetapi setiap individu dalam masyarakat kampong Cina, boleh dan ada kapasiti self governing- iaitu ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri tanpa direktif dari yang diatas. mereka beroperasi sebaagi self-oraganising units. 
Ketua kampong hanya berfungsi sebagai penyelaras dan tidak membuat keputusan bagi pihak orang awam, mengenai apa hendak dihasilkan, apa hendak dijual, perniagaan apa hendak dibuat, .  mereka self organise untuk berniaga, mengujudkan pusat pengumpulan hasil sendiri, setiap hari megutip hasil dan memasarkan dan mengangkut hasilan keluar kawasan.
Dikalangan orang Melayu- kemana hasil kampong dipasarkan?  hanya terhad dipasar minggu. Adakah kita melihat pusat pengumpulan hasil di kampong Melayu? Tidak ada.
Jadi apa terjadi kepada orang Melayu? Yang terjadi ialah kuasa sebenar berada dalam tanan 20% teratas bahkan 5% teratas. Kerajaan Melayu ialah kerajaan 5% teratas, oleh 5% teratas dan untuk 5% teratas.
Makna nya dasar2 dan faedah dari  kausa yang ada,  dikarang kerajaan 5% teratas, oleh mereka dan untuk mereka. Tentulah mereka akan mengarang dasar2 ekonomi yang menguntungkan kumpulan yang terpilih dan hanya membenarkan lelehan kedalam tagan masyarakat Melayu awam. 
Dan orang Melayu awam yang merupakan majoriti dari bani Melayu diasuh bersyukur dan jangan ganggu susunan masyarakat yang tersedia ada. 

No comments:

Post a Comment