Ia nya perlakuan dan tindakbalas
yang semula jadi. Apabila hasil dari usaha yang kita lakukan tidak sebagaimana
yang diharapkan, secara semula jadi kita menyalahkan orang lain, kecuali diri
kita sendri.
Walhal, minda2
terhebat dalam negara ini bertungkus lumus menghasilkan apa yang kerajaan telah
istiharkan. Sejak 2009, kita dihujani dan dibanjiri dengan pelbagai 'inisiatif' seperti ETP, NKRA, GTP, dan pelbagai akronim lain-
tapi yang dicapai tidak seperti yang disarankan.
Bak kata orang putih,
gimmickry bukan ganti substance atau isi.Dan kita sendiri terkesan oleh omongan kosong ini.
Berlawanan
dengan pendapatan yang lebih tinggi, pendapatan negara menurun akibat harga
minyak turun, harga komoditi rendah; kadar pertumbuhan ekonomi tidaklah sehebat
yang diterangkan- kita perlu ingat kita menumbuh dari asas yang kecil. Negara industry
besar tumbuh daripada asas/base yang besar. 1% pertumbuhan negara perindustrian
lebih besar dari 4% pertumbuhan dalam ekonomi kecil. Kerajaan menaikkan cukai
yang tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah; perbezaaan pendapatan
secara absolut makin melebar dan keadaan ini tentulah menimbulkan perasaan
tidak adil.
Tapi kerajaan
Najib menyalahkan orang lain kerana kegagalan nya. Ada kuasa dan tangan ghaib
yang mensabotaj usaha kerajaan kata Najib. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, bekas
PM dan TPM sekarang ini dianggap musuh utama. Perpaduan tidak boleh dicapai
kerana 2 orang ini mensabotaj usaha kerajaan.
Kerajaan Najib
enggan mengaku bahawa penyebab huru hara ialah dasar dan polisi mereka yang
cacat. Jenis PM apa yang membenarkan suatu kumpulan rakyat negara ini, menyerang
suatu kumpulan rakyat lain? Ini disebut anarki, kerajaan hilang kawalan atas
perlaksanaan undang2 dan ketenteraman awam.
Mengenai sikap
rasmi terhadap Mahathir dan Anwar, ini suatu layanan yang tidak masuk akal. Idea2
besar Mahathir selama 22 tahun itu adakah ianya salah belaka? Sedangkan, sama
ada kita suka atau tidak, idea2 besar atau leading ideas semasa itu menjadikan
Malaysia apa ianya sekarang. Yakni sebelum dimusnahkan dan dirosakkan oleh
Najib yang tidak ada punca atau clue bagaimana mengurus negara selain dari berbuih mulut mengeluarkan slogan dan propaganda.
Minda dr Mahathir
dan Anwar Ibrahim sama seperti dahulu juga- adakah itu bermakana selama 22
tahun, Malaysia diurus oleh musuh negara? Dan untuk sebahagian besar usia
politik Anwar- dia dalam penjara tapi masih digelar ancaman dan musuh negara?
Apa yang
sebetulnya terjadi ialah, ternyata Najib menyalahkan orang lain untuk menutup
kemungkaran yang dia lakukan. Respons paling mudah ialah menyalahkan orang lain
dan menganggap faham dan pandangan yang tidak bersetuju dengan nya, sebagai
musuh.
Najib boleh melakukan ini semua sebab dia menguasai segala jenis media
dalam negara ini dan sesiapa yang menguasai media, menguasai minda rakyat. Bahkan
kemerdekaan bermedia secara internet pun diancam oleh undang2 kerajaan Najib.
Itu reaksi
tipikal orang yang mahu menyembunyikan kelemahan dan kesalahan sendiri. Seluruh
dunia tahu siapa Najib. MO1 yang menerima wang yang dicuri dari 1MDB- pemimpin
Malaysia yang meluluskan penyelewengan bersiri yang dilakukan oleh orang2 dalam
1MDB.
Sikap Najib
dianak-angkat oleh pemimpin parti yang memperjuangkan agenda Islam. Apabila gagal
melaksanakan agenda mereka, maka yang disalahkan ialah kurang nya kuasa pada
mahkamah syariah. Penyelesaian mereka ialah mahu menganugerahkan lebih kuasa
kepada mereka dan melakukan konsentrasi kuasa dalam tangan penjaga moral
rakyat.
Kita mesti
melihat pembentangan akta 355 sebagai usaha konsentrasi kuasa dalam tangan
suatu kumpulan yang bukan dipilih rakyat dan suatu usaha menyalahkan kekurangan
kuasa pada institsi yang sedia ada untuk sebetulnya menutup kegagalan sendiri dan
kelemahan pendekatan asuhan agama Islam sendiri.
Hukuman yang
selama ini dipakai, iaitu yang dikenali secara popular dengan ekspresi 3,5,6-
3 tahun penjara, RM5 ribu denda dan 6 sebatan tidak mencukupi untuk mengekang
orang Islam yang jahat. Rupa2 nya, orang Islam ini ramai yang jahat- dakwah dan
pendidikan agama yang dilakukan, program keagamaan yang dilakukan saban hari,
seruan dan syarahan yang dilaungkan oleh ustaz tua dan muda, imam tua dan muda,
tidak berkesan membentuk keIslaman orang Islam.
Adakah ini
dislesaikan dengan memperkasakan mahkamah syariah? Atau kita menumpu kepada
penyebab sebetulnya? Dasar yang gagal mengasuh orang Muslim dengan Islam yang
rahmah, kelemahan institusi keluarga Islam, permusuhan dengan ketamaddunan
Islam.
Hanya yang dlihat oleh pelopor2 agenda Islam ialah banyakkan undang2
Islam yang bersifat punitive atau penyiksaan dengan mempercayai penundukan
orang Islam, penekanan minda mereka itu kemenangan kepada agenda Islam. Yang dikehendaki
ialah tunduk dan patuh kepada golongan tertentu.
Betapa salah nya
mereka.