Friday, 7 October 2016

Orang Tebusan dan Peras Ugut Spiritualism.



Adakah kita perlukan ulama berada dalam kerajaan? Kita ada suatu golongan dengan skillsets yang berlainan mahu mengurus dan mentadbir alam nyata yang memerlukan skillsets yang berlainan. Ini soalan yang praktikal dan bukanya isiu memisahkan agama dan dunia. Ini bukan isu dunia lain, akhirat lain.
Masaalah kita ialah memestikan seseorang itu ada gelaran formal- ustaz, tuan guru, tok guru, murrabbi dan sebagainya dan menganggap keberadaan gelaran tersebut sebagai petanda bakat mengurus masyarakat. Reality  nya sangat jauh dari sebetulnya- yang ada gelaran2 ini terbukti gagal mentadbir dan mengurus dunia yang memerlukan skillsets yang lain.
Saya bukan anti agama- perkara ini mesti difahami dari mula lagi. Saya hanya anti agamawan yang merasakan skillsets yang mereka ada boleh secara otomatik diterjemahkan sebagai skillsets yang perlu untuk mentadbir keduniaan. Rekod menunjukkan bahawa jangan anggap diri besar.
Quran mengajar kita membuang diri kita dari terikat kepada formalism, kepada adat dan kebiasaan. Prinsip asas nya, jangan semestinya ikut apa orang lain buat. 
Bila orang Muslim masuk ke Madinah, mereka lihat orang Yahudi bersembahyang mengadap ke barat, orang Kristian mengadap ke Timur. Jadi timbul fikiran bahawa apa yang biasa 2 golongan ini lakukan mestilah kebaikan. 
Quran awal lagi mengajar kita yang biasa dilakukan oleh orang lain tidak semestinya betul dan bukan semestinya kebaikan.
Kebaikan secara umum nya tidak terletak kepada suatu yang biasa diterima, kepada kebiasaan , kepada amalan yang ujud sebelum kita menerima kesedaran. Kebaikan itu tidak terikat kepda timur dan barat bahkan kebaikan itu terkandung dalam beberapa obligasi kepada Tuhan, masyarakat dan kepada diri kita sendiri. Langkah kehadapan ialah melalui meninggalkan kebiasaan.
Idea memerdekakan diri dari ikatan kebiasaan mempunyai nilai2 pratikal kepada kita. Misalnya,  orang Melayu- kalau selama ini biasa menyokong UMNO, meninggalkan kebiasaan ialah jangan sokong UMNO sebab UMNO itu melambangkan ‘kebaikan’ yang lapuk. Kalau selama ini terikat dengan dogma ceramah agama ustaz2 yang solo bolo, emansipasi spiritual berlaku apabila ikatan emosional dengan ustaz2 pop star ini dipotong.
Transformasi , revolusi berlaku apabila amalan kebiasaan, kepercayaan tradisi dimusnahkan. Lihat Al Quran 2: 177 dan nota kaki 177- The Holy Quran Abdullah Yusuf Ali dan lihat juga The Study Quran oleh Syed Hoessein Nasr et al, ms 75.
Kadang2 orang2 self-righteous ini ingat mereka diperlukan untuk memerintah. Tidak ada syarat lansung dalam Al Quran kata ulamak mesti memerintah. Jadi janganlah hendak membesar dan membangga diri.
Perkara2 mengenai riba, halal dan haram saya dengar berkurun lama nya- saya hendak ustaz cerita bagaimana kilang buat pau beroperasi. Bagaimana hendak membangun industry ikan hiasan.
Yang diperlukan ialah pemimpin orang baik, taqwa, penegak keadilan, memihak kepada yang terniaya dan ditindas. Tidak ada keperluan ustaz, ulamak, murabbi jadi ketua kerajaan. Kita hendak ujudkan demokrasi bukan theocracy.
Jadi mereka rasa mereka penting, sebetulnya tidak. Kita tidak lansung memerlukan orang yang bercakap bersembur sembur mencelahi misai dan janggut , mata liar dan bigar, mengenai syurga neraka, jimak, kahwin lebih dari satu, payung emas atau 72 bidadari.  
Kepada saya jawapan nya, tidak lansung kita memerlukan ulamak jadi ketua negara atau memimpin negeri. Kita pertamanya perlukan orang baik berada dalam kerajaan. Baik orang nya, baiklah keajaan. Itu sebetulnya rahsia kerajaan yang baik.
Maka jawapan kepada kenyataan ahli parlimen Termerloh, ialah yang dia meletakkan syarat mesti tolak DAP, baru PAS berkerjasama , ada dia tanya, adakah orang mahu berkerjasama dan yakin kepada PAS sebagai parti politik? Penting sangatkah PAS dalam perhitungan politik negara ini? Kalau PAS begitu bernilai, sudah lama mereka memerintah negara dan ramai calun mereka menang. Atau boleh kita percaya orang PAS sebagai individu? Kalau Allah tolong hanya mereka, sudah tentu semua calun mereka menang. Ertinya, Allah menaikkan siapa yang Ia mahu naikkan dan mereka tidak semesti nya dari PAS sahaja.
Prinsip kerjasama dan permuafakatan dalam Islam bersandarkan penggabungan usaha untuk mencapai kebaikan dan meningkatkan ketaqwaan. Jika berkawan dengan PAS yang merelakan penyonglapan wang, rasuah, suka kepada mediocrity, lebih baik jangan berkerjasama dengan parti seperti ini.
PAS hanya boleh menang dalam kawasan Melayu dan kawasan tersebut akan ditandingi oleh UMNO dan Bersatu dan parti2 lain. Marilah kita lihat nanti sama ada UMNO mahu mengorban kerusi2 nya untuk PAS.
Idea setengah golongan menyembunyikan kebenaran atau fakta walaupun mereka tahu dan sedar akan keberadaan kebenaran dan fakta berlaku dari zaman berzamaan. Dan Allah dan mereka yang layak melaknati golongan ini akan melaknati mereka. Lihat al Quran 2: 159.
Rakyat menyumpah ulamak PAS yang kaki temberang dan berdolak dalih bila dunia ada keterangan yang Najib Razak menyapu duit 1MDB. Rakyat menyumpah bila tahu ustaz PAS di Kelantan sapu kawasan balak. Rakyat meyumpah laknat bila mereka tahu beberapa pemimpin PAS sudah dosogok wang oleh pemimpin UMNO. Bab Allah melaknati mereka itu hak Allah. Bab rakyat, kita lihatlah sekeliling kita. Hanya pemimpin PAS dan penyokong nya sahaja yang memekakkan telinga dan membutakan mata.
Lihatlah apa yang berlaku hari ini. Kita ada seorang yang jahat memimpin negara, maka jentera kerajaan semua jadi jahat. Jahat dari segi tidak boleh dipercayai, ambil duit kerajaan, menggunakan kuasa untuk faedah peribadi, tidak jujur dan tidak ikhlas. Rasuah meresapi seluruh sendi kerajaan. Pemimpin jenis apakah yang melepaskan suatu kumpulan warga negara mengancam dan mengganasi suatu kumpulan warga negara yang lain?
Ulamak berdiam diri malah menuntut 1001 syarat untuk menemui kebenaran. 4 saksi, bukti dan sebagainya. Ertinya, kita semua jadi orang tebusan kepada ulamak2 ini- kebenaran memerlukan pengesahan dari mereka terlebih dahulu, baru sesuatu itu benar atau palsu. Kita jangan dijadikan orang tebusan seperti ini. Kita ada otak, kita fikir sendiri, kita tanya orang yang lebih pandai dan sebagainya. Kita sebetulnya tidak perlu endorsement dari ulamak yang bukanlah pandai seperti mereka cuba gambarkan.
Ulama pun kaki bohong. Kaki sapu duit. Mereka juga hendak kawasan balak. Suka pakai kot mahal. Lawat luar negara. Dan dalam bilik lakukan apa manusia lain tidak nampak. Seperti nonton filem porno. Seperti order 2 perempuan sekali gus.
Keberadaan ulamak, ustaz bukan gerenti kerajaan itu jadi baik. Ustaz Hadi memerintah Terengganu beberapa tahun, tidak ada kemajuan berkualiti berlaku. Hutan balak hilang ada lah. PAS memerintah Kelantan lama- tapi punca pendapatan kerajaan tetap juga pencukaian keatas balak. Rakyat Kelantan kuat kerja dan berniaga dan tidak tersentuh pun dengan dasar dan polisi kerajaan ulama Kelantan.
Maka jawab nya, sekali lagi ialah kita tidak memerlukan lansung penyertaan ulama dalam kerajaan. Hari ini Najib mengundang penyertaan ulamak dalam kerajaan nya, bukan kerana Najib ada nilai2 agmawan dalam dirinya- dia tidak ada lansung ciri yang demikian. Tapi penyertaan yang dicari nya itu ada faedah politik, yakni sumbangan untuk dia terus ada kuasa memerintah.
Jangan jadikan diri kita orang tebusan kepada peras ugut kerohanian.

1 comment:

  1. Salam YB

    Saya amat setuju dengan tulisan YB.

    Malang sungguh malang...masyarakat melayu begitu menyanjung tinggi mereka yang berpakaian "alim"...ustaz dengan janggut dan jubah dan kopiah...ditambah lagi dengan bacaan ayat ayat dalam bahasa "arab"..Wow!..SubhanAllah...kentut dia pun wangi...(sebenarnya bukan kentut dia wangi...tapi pakaian dia ynag entah berapa hari tak basuh...main curah minyak attar berbotol botol)

    Sejak dulu di ITM tahun 70'an...saya amat rimas dengan golongan Al Akram yang aktif di kampus. Mereka tidak bergaul dengan pelajar bukan golongan mereka dan sering bangga bahwa mereka lebih Islam dari pelajar yang pakai seluar jeans.

    Kini kita lihat gerakan "Ustaz" commercial berleluasa dalam masyarakat. Ustaz online pun bertaburan....dimana silapnya YB?. Saya berpendapat ianya berpunca dari kegagalan kita memahami bahasa AlQuran....bahasa arab...Kita baca AlQuran tapi tak tahu makna apa yang kita sebut. Cuba kalau kita fasih bahasa AlQuran macam kita fasih bahasa Inggeris contohnya..amat mudah untuk kita bukan setakat memahami tapi kita akan berusaha untuk mendalami dan menghayati ayat ayat AlQuran tersebut.

    Bila Ustaz baca doa dalam bahasa arab...kita main amin je...tah ape dia sebut...amin...amin. Tanggapan orang dulu dulu...malah hingga masa kini...kalau ustaz baca doa bahasa arab...kita tabik. Saya berpeluang menjelajah segenap bumi Sarawak dan Sabah dan bergaul mesra dengan pelbagai budaya dan anutan kepercayaan masyarakat yang memangnya pelbagai. Disinilah saya menyedari kekayaan masyarakat majmuk yang menganggap anutan agama adalah pilihan peribadi dan tidak menjadi halangan dalam hubungan kemanusiaan. Allah disebut dalam gereja etnik dan tidak sedikit pun menyinggung sensitiviti masyarakat Islam. Islam tetap berkembang dan akidah ummah tidak sedikit pun terjejas...(provided the muslim mesti punyai asas yang kukuh dalam ilmu dan iman)

    Kebelakangan ini banyak ustaz "commercial" mula memjelajah pelusuk kampung...dan yang paling saya bimbang "pendakwah" luar ala taliban dari Pakistan dan juga India. Saya rasa di Semenanjung pun ada pendakwah ala "Tabligh" ini..kalau di KL kita lihat di Masjid India misalnya.

    Harapan saya YB...kita perlu menyemaikan "Islam" itu dari dalam sanubari kita. Pandangan dan tanggapan segala yang "arab" itu Islam hendaklah dibuang. Islam itu adalah cara hidup...segala perlakuan dan tutur kata seharian kita. Jangan sekali kita menganggap diri kita lebih Islam dari orang lain...akibatnya riak dan angkuh akan menyelinap kesanubari kita.

    YB...saya juga bukan anti Agama...tapi saya tak rela agama diperdagang dan dipolitikan...apatah lagi bila pemimpin menggunakan agama untuk memeras ugut masyarakat...seperti YB kata Ugutan Spiritualism.

    ReplyDelete