Masyarakat Orang Asli hari ini sedang dalam proses mencapai kesedaran politik yang tinggi. Meraka tahu bahawa jalan keluar dari kemunduran ialah pendidikan, latihan dan membekal diri dengan kecekapan2 hidup yang lain.
Bangsa Korea keluar dari kemunduran melalui pendidikan dan bersaing secara intensif. Masyarakat orang asli, mesti membudayakan diri mereka dengan nilai2 yang serupa.
Bangsa Korea keluar dari kemunduran melalui pendidikan dan bersaing secara intensif. Masyarakat orang asli, mesti membudayakan diri mereka dengan nilai2 yang serupa.
Dari sudut politik pun, orang asli sudah mula assert keberadaan mereka. Mereka tidak lagi rela dibeli dan dianiayai. Kita semua tahu apa yang berlaku di Gua Musang. Jika benar, tanah adat atau tanah resev orang asli diceroboh, maka, kita semua mesti sokong masyarakat orang asli.
Mereka telah mendirikan sekatan kepada lori2 dan kenderaaan yang hendak menceroboh kedalam kawasan mereka. Bahkan mahkamah pun telah memerintah bahawa sekatan yang dibangunkan itu dalam bidang hak orang asli mempertahankan hak mereka.

Orang Melayu, terutama pegawai2 jabatan hutan dan jabatan2 kerajaan yang lain sepatutnya tahu dan mengerti mengenai konsep hak ini. Tidakkah orang Melayu selama ini menjerit sana isni mengenai hak istimewa dan kedudukan orang Melayu? Tentulah orang yang hidup dan bangun celik mata memperjuangkan dan menjaga dan mengukuhkan hak istimewa Melayu, lebih faham bahawa hak kepada orang asli juga disifatkan demikian? Orang Melayu sepatutnya yang pertama memperakui hak orang Asli ini.
Bahkan apa yang dlakukan oleh orang asli Gua Musang sepatutnya menjadi pengajaran kepada orang Melayu. Pada suatu ketika dahulu istilah 'sakai' digunakan dalam nada menghina untuk describe suatu kumpulan ethnik yang mundur, tidak tahu tempat, yang bodoh, yang kotor dan sebagainya. Kadang2 istilah jakun digunakan.
Nah sekarang, saya boleh katakan bahawa sikap dan pendirian Orang Melayu lebih teruk dari 'sakai' dan 'jakun'. kita sudah tidak tahu mempertahankan sebagai contoh, tanah yang kita milik. Perihal tanah resev Melayu yang tinggal sekangkang kera hari ini, tidak perlu lah kita berhiba mengenai nya. Nasi sudah menjadi bubur. Pemimpin Melayu sendiri yang menggadai hak Melayu. Oang Melayu kita pada umum nya, yang ada pun kita tidak terjaga bahkan sanggup melepaskan. Orang 'sakai' sanggup berperang mempertahankan hak mereka.
Kita orang Melayu , kalau boleh jual semuanya. Najib lagilah terbilang dalam menjual harta rakyat dan negara untuk menyembunyikan rompakan yang dia lakukan.
Kita orang Melayu , kalau boleh jual semuanya. Najib lagilah terbilang dalam menjual harta rakyat dan negara untuk menyembunyikan rompakan yang dia lakukan.
Kini orang Asli mengajar kita, apa kita harus buat , untuk menjaga apa yang kita ada. Orang Felda misalnya, sanggup melepaskan hak yang ada dalam KPF dan kepentingan dalam Felda Holdings dengan bayaran yang tidak setimpal. Bahkan apa pun harga yang dibayar- pengajaran nya ialah janganlah menyerahkan hak yang kita ada. Felda menyerahkan 360,000 hektar tanah Felda Plantations. Saya tidak hairan nanti, orang Melayu yang tidak memuliakan konsep 'hak' itu akan melepaskan tanah milik mereka yang seluas 10 ekar satu hari nanti.
Pengajaran kedua- orang Asli mengajar kita bahawa 'hak' ialah sesuatu yang diperjuangkan dan dipertahankan. Ianya bukan sesuatu yang lahir bersama kita dari perut ibu kita.
Pengajaran kedua- orang Asli mengajar kita bahawa 'hak' ialah sesuatu yang diperjuangkan dan dipertahankan. Ianya bukan sesuatu yang lahir bersama kita dari perut ibu kita.
Pakatan Rakyat terutama DAP sentiasa menyokong perjuangan dan usaha masyarakat asli yang sahih dan legitimate. Kita berkerjasama dengan mana2 NGO untuk meningkatkan kebajikan dan nasib orang2 yang tertekan dan tertindas seperti juga orang Asli.
Di Raub orang Asli mendapat sokongan dari satu organisasi yang bernama SEMOA Sdn Bhd. Ianya sebuah syarikat yang beroperasi untuk mamajukan komuniti orang Asli dan mengasuh mereka mengenai hak mereka. Mereka memilih untuk mendapatkan pendidikan, latihan dan bekalan kecekapan. Dengan pendidikan, orang Asli akan mencapai kesedaran sosial dan politik yang baru. keberadaan organisai seperti SEMOA ini akan membantu apa yang dilakukan oleh jabatan kemajuan orang Asli( JAKOA). Nampak gayanya masih ada banyak lagi yang mesti dalakukan oleh JAKOA.

Satu daripada nya ialah pendidikan dan latihan. Kedua, saya ingin melihat JAKOA memainkan peranaan assertive untuk mendapatkan komuniti orang asli perkara2 seperti berikut:-
- pembangunan insfrastructure dan kebersihan dalam kampung2 orang asli
- perumahan untuk komuniti orang asli.
- mengazetkan dengan terang tanah resev orang asli.
- kemajuan ekonomi untuk komuniti rang asli.
No comments:
Post a Comment