Saturday, 18 February 2017

Ya Kenapa tidak UMNO yang bertanding kerusi parlimen Raub?





Saya diberitahu akan tulisan Dato Wan Zamzuri diatas. Dia orang kuat UMNO Jerantut. Selalu bantu sahabat saya, Dato Sri Wan Mizan.Mudah mudahan, Dato Wan Mizan dapat jadi MB Pahang. 


Izinkan saya memberi sedikit komen. Jawapan ini untuk sebahagian isu yang dibangkitkan oleh WZWH. 
Tidak kira lah dia datang dari Jerantut- dia orang Melayu , rakyat Malaysia. Tidak ada masaalah. Lagi pun, Dato Shahrudin jemput beliau. Orang Raub bila tiba bab ahli parlimen bukan berkira sangat- Ng Yen Yen orang Kelantan, mereka rela terima. Tan Koon Swan pun bukan orang Pahang. MP2 Cina semua nya bukan orang Pahang atau Raub seingat saya. Jadi jika WZWH orang Jerantut, aok me nak marah?

Ini suatu cadangan yang amat baik. MP Melayu terakhir untuk Raub ialah Abdullah Majid. Orang UMNO gelar dia Dollah Kominis kerana dia kemudian dituduh sebagai seorang komunis oleh puak2 UMNO juga. Rupa2 nya, memang ini amalan orang UMNO dan penyokong mereka; yang tidak bersetuju dan berlawan pendapat digelar dan dilabel sebagai komunis. Hari ini, yang tidak bersetuju dengan mereka, dikatakan tidak cukup Melayu dan sekarang tidak cukup Islam.Kafir pun ada.

Sebab itu kita lihat berlakunya perpaduan dua kabilah sekarang- satu yang mendukung ketuanan Melayu dan satu lagi ketuanan Islam. Yang tidak ikut ketuanan Melayu, dilabel sebagai tidak cukup Melayu. Yang tidak ikut versi Islam Haji Hadi, dikatakan tidak Islamik, murtad dan bila meninggal dunia, dikebumi dijirat Cina.

Kembali kepada tajuk. Terima kasih lah kepada Dato WZWH kerana menjadi jurucakap UMNO Raub. Sekali lagi saya katakan ini pandangan yang baik. Raub yang majoriti penduduknya bangsa Melayu bergama Islam sudah hampir 40 tahun( sebelum saya, Melayu dan Islam) tidak berMPkan orang Melayu dan Islam.

Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Chew Mei Fun hari ini masuk kekampung2 baru cina-Sungai Lui, Cheroh, Sang Lee, Teras, Sungai Ruan, Sungai Klau, Bukit Koman, Sungai Cetang- menghasut orang2 cina jangan undi orang Melayu. Ertinya, Mei Fun seorang yang rasis.

Tapi orang Melayu selama ini tidak pun rasa apa2 kesalahan dari segi moral, menyokong orang Cina jadi calun MP Raub. Senator yang curi balak pun, orang UMNO sokong.

Maka tibalah masa nya, pemimpin UMNO mendesak Najib Tun Razak menyetujui supaya orang Melayu pula jadi MP Raub. Orang Melayu UMNO. Tulin dan sejati. 
Tambahan pula, semasa mesyuarat UMNO Bahagian Raub, Dato Sri Shahrudin Moin telah mengistiharkan dan disambut dengan sorakan goga dan gegak gempita, supaya Raub menonjolkan seorang heavyweight untuk merampas parlimen Raub dari DAP. Shahrudin Moin mencadangkan nama Dato Azinudin, jurutera dan pengarah lombong emas, Bukit Koman yang meracuni daerah Raub sebagai calun parlimen. Syabas Dato Shah, aok tak lihat Chew Mei Fun as heavyweight enough to wrest Raub.

Saya rasa orang UMNO yang gagah perkasa, jangan berganjak dari keputusan ini. Jika berganjak , dimana Dato Shahrudin hendak taruh muka dia? Jatuhlah kemaluan dia. Majority pengundi Raub ialah orang Melayu. Bila lagi hendak ada calun MP UMNO setelah gersang selama 40 tahun lebih?

Saya bersetuju benar, jika UMNO Raub mengadakan tunjukrasa- sewa bas persiaran, mengadap Dato Najib, mengadap Tengku Muda, Tengku Mahkota bahkan DYMM Sultan sendiri, agar memberi peluang untuk UMNO Raub meletakkan calun MP Melayu UMNO. Saya rasa mereka boleh menang. Dengan syarat , saya duduk berdiam diri lah. Saya tak terlawan jentera UMNO dan sumber kewangan yang mereka ada.

Desaklah Dato Najib walaupun, UMNO Raub tidak tahu bahawa Najib sudahpun menjanjikan kerusi parlimen Raub untuk MCA. Kalau tidak masakan Chew Mei Fun turun Raub sejak 1 tahun ini, berkempen mencaci orang Melayu dan Melayu UMNO Raub kata OK.Berdiam diri tanda setujulah tu.

Saya sangat bersetuju bila UMNO Raub dibawah arahan Shahrudin Moin menghalang Chew Mei Fun masuk kekawasan Melayu. Jangan bawa seorang rasis kedalam kampung2 Melayu yang berjumlah 42 kampung itu. Jika ada kematian, masakan Chew Mei Fun dapat sembahyang jenazah.

Berani kah Chew Mei Fun berkata kepada orang Cina jangan bangkang dan tolak kerajaan orang Melayu atas alasan yang tak betul? Dia tidak berani. Dia mesti main lagu perkauman untuk memenangi hati orang Cina.

Saya berani berkata begitu dihadapan orang Cina. Saya kata kepada mereka, jangan bersikap perkauman – jangan tolak pemerintah Melayu hari ini kerana alasan2 yang salah. Alasan yang dijual oleh Chew Mei Fun yakni jangan undi Melayu semata mata, mereka Melayu.

Saya kata kepada orang Cina- kamu mesti tolak kerajaan atas alasan2 benar- yakni tolak kerajaan yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang tidak amanah, yang tidak adil, yang mencuri duit rakyat, yang berbohong. Jika mereka lihat dan yakin pemimpin Melayu ada sifat2 ini- barulah tolak mereka. Jangan bersikap perkauman, menolak pemimpin Melayu hanya kerana mereka bangsa Melayu.

Tapi inilah calun yang UMNO akan bantu. Calun seperti Mei Fun yang rasis dan tidak berani berkata tolaklah kerajaan Melayu atas alasan yang benar.

Lanjutan dari cadangan WZWH itu, saya ingin beri pandangan- jangan berhenti setakat Raub. Desak calun2 Melayu UMNO diletakkan di Bentong - majority juga Melayu dan Cameron Hihglands. Takkanlah orang Melayu yang gagah perkasa dalam daerah2 ini masih rela berMPkan Cina dan India?

Mengenai kemajuan dan pembangunan yang ada di Raub, saya tidaklah mahu letakkan premium yang tinggi sangat kepada usaha orang UMNO. Ini mesti usaha MP2 Cina yang teradahulu, bukan pemimpin UMNO. Tidak begitu? Sebab nya, mana ada MP Raub dari UMNO setelah 3 yang pertama? Semua nya Cina belaka. Tentulah segala kemajuan dan pembangunan adalah hasil usaha MP2 cina ini.

Mengenai kemajuan dan pembangunan, masjid baru, UITM, jalanraya, pusat latihan MARA- semua ini adalah tanggung jawab kerajaan yang menguasai perbendaharan. Yakni mana2 kerajaan yang bertanggung jawab. UMNO tidak berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor- rakyat tetap dapat kemajuan dan pembangunan. Bukanlah UMNO sahaja yang terdaya memikirkan soal kemajuan dan pembangunan.
Profile penduduk Raub tidak bertukar- masih majority nya melayu. Maka jika pun kerajaan yang memerintah bukan UMNO, pembangunan dan kemajuan mesti mencerminkan kehendak dan desakan majority penduduk yang kian sedar mereka berhak mendapat yang terbaik. Selagi orang Melayu itu majoriti, maka itulah destiny. Kata orang puteh, demography is destiny.

Hanya saya cuma mahu tanya orang UMNO yang berdarah gelora ini- Melayu atau UMNO yang besar? UMNO memerlukan orang Melayu, orang Melayu memerlukan sebuah kerajaan yang baik dengan pemimpin yang baik. Janganlah menghadkan Melayu itu mesti UMNO. Saya berada dalam wadah politik yang lain, tapi tetap juga Melayu.

Objektif kita ialah meramaikan orang Melayu di parlimen. Jika saya menang, sebagai contoh, bertambah seorang lagi Melayu dalam parlimen. Jika UMNO Raub tewas sebelum masuk gelanggang dan akur pada permintaan Najib Tun Razak, dan menyokong Chew Mei Fun, apakah hasil nya jika Chew Mei Fun menang? Orang Melayu UMNO telah menyebabkan bertambahnya seorang lagi Cina dalam parlimen.

Orang Melayu boleh bertelingkah mengenai hal2 politik- tapi jika musibah besar mengancam mereka, mereka akan bersatu.

Senario masa hadapan kepada saya begini. UMNO akan tewas banyak kawasan dan jumlah kerusi nya akan berkurang. Ketika itu ia akan membentuk kerajaan perpaduan. Orang Cina akan terus menyokong DAP dan MCA akan tewas hampir semua kerusi mereka. MIC akan hilang semua kerusi. Sarawak belum tentu menyokong UMNO dan Sabah selepas PRU14 akan dikuasai oleh Shafie Apdal. Dia tak sokong UMNO.

Maka sebagai penamat, nasihat saya, kepada seorang pengomen- janganlah terlalu taksub mengecap DAP sebagai ejen mossad lah, ejen yahudi lah, komunis lah dan sumpah seranah sebagainya. Najib pergi ke China menjilat bontot bapak kominis untuk mendapatkan wang bagi menutup skendal 1MDB itu bagaimana? Najib bersekongkol dengan China jual tanah, asset kepada China, bagaimana?Boleh saya kata Najib ada nama baru- Mao Hu Tang?


No comments:

Post a Comment