Tuesday, 30 August 2016

Seni Memperdayakan Rakyat- bahagian 2



Sementara itu selain Najib sendiri, pemimpin kelas 2/second rate UMNO, terus menerus menanam kekeliruan dalam minda rakyat. Terbaru sekali saya membaca mengenai ucapan MP Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim. Orang baik tapi berketuakan penyamun. 
Tapi, dari dunia mana Irmohizam ini datang dan kepada makhluk mana dia berbicara?

Apabila kita halusi, maka ketahuilah kita bahawa Irmohizam datang dari planet UMNO dan makhluk yang  menjadi audiens nya ialah makhluk ahli UMNO. Mereka hanya sebahagian kecil dari bangsa Melayu yang berjumlah 15 juta itu. 
Apa lagi yang boleh dinyatakan oleh Irmohizam kepada ahli UMNO selain dari mengkakaktuakan pembohongan? Mustahil dia mahu dan boleh berkata- ya- ketua kita menyamun duit 1MDB. 

Kita tidak dapat berita dari DOJ Amerika kerana pada 22 Ogos lalu,  beberapa orang yang terlibat dalam tindakan sivil DOJ sudah lari entah kemana. Akhbar dan media arus perdana blackout berita2 nya. Mereka membisu seribu bahasa, lidah mereka kelu tidak terkata. 
Namun, sikit hari lagi, nantilah ledakan nya.

Besar kemungkinan, yang dinamakan dalam tindakan sivil DOJ, tidak berada di mahkamah kerana dinasihati oleh kerajaan Malaysia supaya jangan hadhir. Kenapa?  kerana khuatir tembelang besar akan pecah dan semua terburai.

Yakinlah, langkah jenayah akan menyusul dan rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai drama 1MDB ini. Sementara itu pemimpin kelas 2 UMNO seperti Irmohizam teruslah mengelirukan pemikiran rakyat terutama ahli UMNO yang melarikan diri dari kenyataan dengan menganggap 1MDB sebetulnya tidak ujud.

Ahli UMNO mungkin penghuni gua, tapi bangsa Melayu tidak. Mereka membaca akhbar2 maya dan membaca yang tersirat. Mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku; Jemputan Irmohizam supaya rakyat bersikap merdeka dan mempertikai kesahihan pendedahan DOJ, akan ditolak.

Irmohizam mencemuh lapuran DOJ dengan bertanya jika maklumat dari DOJ itu benar dan sahih, mengapa akhbar seperti Wall Street Journal dan New York Times  dan Sarawak report, tidak menggunakan hasil siasatan DOJ?

Mengapalah bodoh sangat Irmohizam ini?  Irmohizam ini seperti peguam2 juga- ada gred2 seperti telur ayam; Ada gred A dan ada gred C.

Siasatan yang dilakukan oleh akhbar2 seperti Wall Steet Journal dan Sarawak Repork semua nya mendahului siasatan oleh DOJ. Akhbar2 itu semua adalah entity private bukan ejensi kerajaan. Siasatan sebuah ejensi kerajaan seperti DOJ tidaklah terbuka untuk orang awam dan entiti private seperti Sarawak Report dan Wall Steet Journal. Faham?

Sebagai bandingan- siasatan oleh PDRM adakah ianya terbuka untuk orang awam dan akhbar?

Fakta yang tidak tertangkap oleh otak Irmohizam kerana keasyikan mahu mengelirukan rakyat, ialah walaupun entiti2 ini menjalankan pendedahan dan penyiasatan bebas dari kaitan satu sama lain, semua mereka disatukan dengan penemuan2 yang sama. Semua mereka mendapati MO1 alias Najib Tun Razak terlibat dan ada kaitan dengan pencurian wang dari 1MDB. Semua mereka tahu mengenai Jho Low, Al Qubaisi, Badawy Husseini, Eric Tan, Casey Tang, Shahrol Halmi dan lain2 nya.

Fakta ini tidak disangkal oleh kerajaan Malaysia. Sebaliknya, kerajaan Najib Tun Razak mengelirukan rakyat Malaysia keseluruhan nya, dengan mereka dan buat hikayat serta cerita dongeng bahawa tindakan DOJ ini ialah cubaan Amerika membunuh orang Melayu, cubaan Amerika menjajah Malaysia yang sudah merdeka dan juga cerita dongeng bahawa kerana Najib itu pemimpin Islam, maka Amerika iri hati terhadap nya.

Serendah mana pemimpin UMNO mahu membodohkan orang Melayu? Jika mereka mahu membodohkan ahli UMNO- silakan. Tapi kita yang lain nya Melayu tidak akan melanggani penceritaan dan propaganda puak UMNO.

Alangkah bodohnya apabila Irmohizam cuba meremehkan keprofesionalan pihak DOJ dengan mendakwa bahawa DOJ tidak menamakan kepada siapa assets yang dicuri itu akan dikembalikan. Dia tidak bacakah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Loretta Lynch dan tidakkah dia baca dokumen 136 muka surat DOJ?

Jawapan nya ialah: Apabila sahih oleh mahkamah bahawa harta dan assets itu dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB, maka semua assets itu dikembalikan kepada kerajaan Malaysia. Sebab harta itu dibeli dengan duit syarikat kerajaan Malaysia yakni 1MDB.

Yang kita pelik dan sepatutnya diberitahu oleh Irmohizam dan pemimpin UMNO kelas 2 yang lain ialah mengapakah kerajaan Malaysia sendiri membisu dan tidak mahu menuntut dan menamakan diri mereka sebagai pemilik harta2 dan assets tersebut?

Kerana dengan melakukan demikian, kerajaan Malaysia kenalah mengesahkan siapa MO1, dan identity pegawai2 lain dan mengesahkan bahawa semua mereka ini, termasuklah MO1 yang terus berbohong kepada rakyat Malaysia, bahawa sememangnya, mereka terlibat dalam pengubahan wang dan pencurian dari 1MDB.
Fakta nya, buat sementara ini, sama ada orang awam tahu atau tidak kepada siapa harta2 tersebut dikembalikan, ianya janganlah mengalih pandangan kita, dari pendedahan yang dilakukan oeh DOJ. Apa dia nya?

Bahawa wang sebanyak USD3.5 billion atau sekitar RM14 billion dicuri oleh mereka yang dinamakan dalam tindakan sivil DOJ. Bahawa DOJ mendedahkan fasa2 pencurian wang dari 1MDB yang berjumlah 3 fasa. Dan bahawa dalam setiap fasa pencurian itu, sejumlah wang telah di salurkan kedalam akaun MO1. Dan siapa dia MO1? Tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang.

Tindakan DOJ ini tidak ada kena mengena lansung dengan cubaan menghikayatkan tindakan ini sebagai penjajahan bentuk baru atau mencabar kemerdekaan kita. 
Kita sebenarnya, khusnya bangsa Melayu akan mendapati minda kita lah yang sebetulnya terjajah, jika terus menghamba-abdikan diri kepada cerita dongeng dan tahyul yang direkacipta oleh Najib Tun Razak dan kumpulan penyamun2 tarbusnya.

Monday, 29 August 2016

Seni Memperdayakan Rakyat



Ramai orang Melayu di kampong2 tidak tahu apa dia 1MDB. Apa 1MDB ini? Kita orang kampong ok sahaja. BR1M dapat. Pergi Haji pun Dato Najib beri.

Apa pasal kacau dia? Mengapa bekas PM nak kacau dia? Berehat lah. main dengan anak cucu. duduk atas tikar sembahyang. mohon taubat. Kalau hendak tumbangkan dia, bertandinglah dalam UMNO sendiri.

Mengapalah Najib dan pemimpin UMNO tidak masih lagi faham- UMNO itu sendiri yang mahu ditolak oleh rakyat. UMNO itu  jenama yang busuk yang tidak mewakili semua Melayu. 
Oleh yang demikian, tidak ada orang mahukan jawatan apa2 dalam UMNO kecuali yang berminda 1MDB. Minda yang jenis bertanya- darimana projek berikut nya datang, dan apakah projek seterusnya aku dapat.
Jemputan Najib untuk orang bertanding dengan nya, hanya cakap besar yang diucapkan dihadapan perwakilan UMNO. Ia hanya umpama perbuatan si merak mengepak atau mengigal dalam hutan. 

Fakta nya, rakyat terutama nya, orang Melayu sangat mudah diperdaya. Katakan sahaja, ini semua dilakukan demi bangsa, agama dan Raja. Katakan jika UMNO musnah, maka musnahlah orang Melayu. 
Cara dusta ini telah menjadi naratif yang amat powerful. 

Cuba kita berhenti sejenak dan berfikir: Bagaimana minda UMNO menolak kecaman2 keatas nya? Salahkan semua orang lain, kecuali pemimpin nya. Apa yang ketua kita buat, kita mesti sokong.

Pertama dengan menCinakan masaalah nya. Atau yang muttakahir, mengDAPkan isiu nya. Semua musibah yang melanda orang Melayu berpunca dari rancangan jahat bangsa Cina. Dan Cina yang bertanggungjawab keatas apa2 musibah melanda Melayu ialah DAP. Maka yang demikian, jika UMNO kalah, padah lah orang Melayu kerana DAP yang komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Raja Melayu akan mengambil alih kerajaan. Maka musnahlah segala orang Melayu.

Kalau Melayu itu tersekat kencing nya, yang demikian itu angkara durjana Cina dan DAP.

Kepada bangsa bukan Melayu terimalah kenyataan bahawa jangan  mengharapkan keadilan atau justice dari kerajaan UMNO. Kepada Cina, dari tycoon hingga kuli, terimalah kenyataan bahawa Lim Guan Eng akan disumbat ke penjara. Tycoon atau kuli, kamu semua jangan harapkan pembelaan dan keadilan dari kerajaan UMNO.

Sedikit masa dahulu, cara menakutkan orang Melayu ialah dengan mengYahudikan isiu. Maka ceritanya ialah:- Musibah dan malapetaka yang melanda bangsa Melayu berpunca dari rancangan Yahudi sedunia menakluk orang Islam. 
Pecahan dari hujjah tersebut ialah, Amerika yang dikuasai oleh Yahudi itu mahu memusnahkan negara Islam. Itulah sebab nya, DOJ mendedahkan kejahatan yang Najib lakukan kerana Najib itu pemimpin negara Islam.

Sebagai bukti Najib itu Islam- lihatlah Najib pergi umrah 4-5 kali setahun; berdoa didepan kaabah. Najib akrab dengan Tuhan. Demikian tebal nya keIslaman Najib. Bukan kah Najib yang mempopularkan wasthiyah? Maqasid shar’iyah, dan banyak lagi? Lihat bagaimana Najib mengenakan jubah dan berkopiah bermaulid sambil mendendangkan lagu ya hana na.  siapa yang lebih Islam dri Najib?

Sekarang timbul lagi satu cara menepis; yakni dengan memMahathirkan segala masaalah. Najib melakukan 1MDB ialah kerana Mahathir yang mengajar ini semua. Masaalah dalam Malaysia hari ini ialah sebab Mahathir memerintah Malaysia selama 22 tahun. Mahathir zalim dan korap. Selama itu Mahathir telah meletakkan asas untuk Najib melakukan segala nya. Maka Mahathir lah yang menyebabkan Najib bertindak liar dan menekan rakyat.

Dimana dustanya penghujjahan yang akhir ini?

Kepada saya, jika Mahathir bertanggungjawab keatas segala derita yang Malaysia alami dahulu, maka dia jugalah yang bertanggung jawab keatas segala bahagia  yang Malaysia rasai.

Tapi kita tidak ada 1MDB. Kita tak ada pemimpin yang mencuri wang rakyat dan kemudian buat donno sahaja. Kita tidak ada pemimpin negara dijadikan objek tindakan undang2 dan nama nya dijaja seluruh dunia sebagai seorang yang terlibat dalam mengguna wang yang dicuri dan pengubahan wang.

Orang kampong, terlindung dari angkara durjana yang dilakukan oleh orang yang kata  dia tidak ada kena mengena dengan songlap wang dan menuduh orang lain suka bergaduh dengan nya.

Faktanya, ialah: Dr Mahathir lebih banyak tolerate karenah Najib dari mengkritik nya. Dr Mahathir sepatutnya buang Najib lama dahulu.

Bersambung….

Friday, 26 August 2016

Serahkan amanah kepada yang ahli dan yang adil.



Saya hanya hendak mengingatkan apa semua ibu bapa  dalam daerah Raub mahukan. Iaitu semua mereka yang di Hulu dan Kuala Atok fikirkan siang dan malam; apa ayah dan ibu di kampong Chenua, batu Malim, Batu Talam, di Felda Tersang, di Hulu Sungai, di Kundang Patah, di Sungai Lui, Pekan Tras, Simpang Kallang, kampong sempalit, pamah kulat, gali hilir, kampong yah, pamah rawas, kg peruas, pekan dong, Ulu Dong, Kampong Tamalian, Jelu, Pampong, kampong durian sebatang, sungai pasu, jeram , felda lembah klau, felda krau  memerah otak siang dan malam iaitu :-

MENYEDIAKAN MASA DEPAN UNTUK ANAK DAN JIKA PANJANG UMUR , UNTK CUCU MEREKA.


Inilah ransangan yang paling besar. Yang menyebabkan kita semua berkerja keras. Kita mahukan suatu masa depan yang baik sebagai peninggalan kita sebagai ibu dan bapa.

Bagaimana kita melakukan nya? Dengan sikap penuh bertanggung jawab meletakkan pengurusan negara ini dalam tangan pemimpin yang amanah, jujur, tidak menipu kita, tidak mencuri duit rakyat, tidak membuli kita dengan undang2 yang zalim dan yang tidak rasuah.

Sebab kita tahu, bahawa baik pemimpin baiklah negara dan buruk  pemimpin, buruklah negara.

Apa yang terjadi kepada negara kita hari ini ialah akibat memberi amanah kepada seorang pemimpin yang bermuka dua,   yang tidak amanah dan tidak jujur, yang rasuah dan yang telah mencuri duit rakyat. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kita membernarkan musang menjaga ayam kita.

Kelmarin , Jabatan Kehakiman Negara Amerika, telah mengesahkan apa yang ramai antara kita sudah pun tahu, bahawa Malaysian Official 1 ialah Najib Tun Razak. 
siapa dia MO1? Orang Pahang sebut- kepala dang. mastermind. yang belakang tabir merancang segala nya. 

Ini bererti dialah orang nya yang mendalangi dan mengarah supaya USD1.03 billion disalurkan kedalam akaun Goodstar Ltd yang di miliki oleh Jho Low; Dia lah juga yang mendalangi dan mengarah ejen2 nya menyalurkan USD1.4billion kedalam akaun Aabar BVI. Dia lah juga yang bertanggung jawab keatas penyaluran wang sebanyak USD1.26 billion ke dalam akaun Tanore Finance Corporation.

Pemimpin yang seperti ini , yang sekarang menjaga masa depan yang kita mahu bentuk untuk anak dan cucu kita. Inilah pagar yang diharapkan menjaga padi kita dan inilah musang yang kita harap menjaga ayam kita.

Kembali kepada keinginan kita yang mengatasi keinginan semua yang lain. Menyediakan suatu masa depan yang baik dan gemilang untuk anak kita.

Masa depan yang bagaimana? Yang makmur, selamat, diletakkan dalam tangan pemimpin yang baik.

Itu sebetulnya apa yang kita buat- dari anggota polis di IPD raub, di balai2 polis tras , pekan dong sampailah ke peneroka felda krau, felda lembah klau dan felda tersang dan ke kampong2 tradisi dalam daerah Raub, berjuang dan berkerja keras- yakni menyediakan suatu masa depan yang cerah untuk anak2 mereka.

Masa depan yang mahukan system pendidikan yang baik, yang mengasuh dan mendidik anak mereka, ekonomi yang baik supaya anak mereka boleh berkerja dan menghasilkan faedah, boleh cari makan, masa depan yang selamat dari angkara durjana musuh dalaman dan luaran, masa depan dimana anak2 boleh menjalankan aktiviti agama,masa depan yang bebas dari pergaduhan sesama sendiri. Bila anak mereka membesar mahu pula melihat kemakmuran, keselesaan perumahan, kesihatan.

Masa depan inilah yang sekarang mahu dirompak dan dicurisamun dari anak2 kita. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan masa depan daripada di robek dan dimusnahkan.

Yang memusnahkan nya ialah pemimpin kerajaan dan kerajaan yang rasuah. Najib mahu merobek dan memusnahkan masa depan anak2 kita yang kita, ibu dan bapa, abang dan kakak berjuang dan berusaha menyediakan.

Bolehkah kita biarkan Najib mencuri, memusnahkan dan merobek masa depan anak2 kita? Anak2 kita pun berhak keatas suatu masa depan yang baik, seberhak dengan anak2 Najib dan Rosmah juga. 


Jangan biarkan Najib menjahanam dan memusnahkan harapan kita.