Ramai orang
Melayu di kampong2 tidak tahu apa dia 1MDB. Apa 1MDB ini? Kita orang kampong ok
sahaja. BR1M dapat. Pergi Haji pun Dato Najib beri.
Apa pasal kacau
dia? Mengapa bekas PM nak kacau dia? Berehat lah. main dengan anak cucu. duduk atas tikar sembahyang. mohon taubat. Kalau hendak tumbangkan dia, bertandinglah
dalam UMNO sendiri.
Mengapalah Najib
dan pemimpin UMNO tidak masih lagi faham- UMNO itu sendiri yang mahu ditolak
oleh rakyat. UMNO itu jenama yang busuk yang tidak mewakili semua Melayu.
Oleh yang demikian, tidak ada orang mahukan jawatan apa2 dalam
UMNO kecuali yang berminda 1MDB. Minda yang jenis bertanya- darimana projek
berikut nya datang, dan apakah projek seterusnya aku dapat.
Jemputan Najib untuk orang bertanding dengan nya, hanya cakap besar yang diucapkan dihadapan perwakilan UMNO. Ia hanya umpama perbuatan si merak mengepak atau mengigal dalam hutan.
Jemputan Najib untuk orang bertanding dengan nya, hanya cakap besar yang diucapkan dihadapan perwakilan UMNO. Ia hanya umpama perbuatan si merak mengepak atau mengigal dalam hutan.
Fakta nya, rakyat terutama
nya, orang Melayu sangat mudah diperdaya. Katakan sahaja, ini semua dilakukan
demi bangsa, agama dan Raja. Katakan jika UMNO musnah, maka musnahlah orang
Melayu.
Cara dusta ini telah menjadi naratif yang amat powerful.
Cara dusta ini telah menjadi naratif yang amat powerful.
Cuba kita
berhenti sejenak dan berfikir: Bagaimana minda UMNO menolak kecaman2 keatas nya?
Salahkan semua orang lain, kecuali pemimpin nya. Apa yang ketua kita buat, kita
mesti sokong.
Pertama dengan
menCinakan masaalah nya. Atau yang muttakahir, mengDAPkan isiu nya. Semua musibah
yang melanda orang Melayu berpunca dari rancangan jahat bangsa Cina. Dan Cina
yang bertanggungjawab keatas apa2 musibah melanda Melayu ialah DAP. Maka yang
demikian, jika UMNO kalah, padah lah orang Melayu kerana DAP yang komunis, anti
Melayu, anti Islam dan anti Raja Melayu akan mengambil alih kerajaan. Maka musnahlah
segala orang Melayu.
Kalau Melayu itu
tersekat kencing nya, yang demikian itu angkara durjana Cina dan DAP.
Kepada bangsa
bukan Melayu terimalah kenyataan bahawa jangan
mengharapkan keadilan atau justice dari kerajaan UMNO. Kepada Cina, dari
tycoon hingga kuli, terimalah kenyataan bahawa Lim Guan Eng akan disumbat ke
penjara. Tycoon atau kuli, kamu semua jangan harapkan pembelaan dan keadilan
dari kerajaan UMNO.
Sedikit masa
dahulu, cara menakutkan orang Melayu ialah dengan mengYahudikan isiu. Maka ceritanya
ialah:- Musibah dan malapetaka yang melanda bangsa Melayu berpunca dari
rancangan Yahudi sedunia menakluk orang Islam.
Pecahan dari hujjah tersebut
ialah, Amerika yang dikuasai oleh Yahudi itu mahu memusnahkan negara Islam. Itulah
sebab nya, DOJ mendedahkan kejahatan yang Najib lakukan kerana Najib itu
pemimpin negara Islam.
Sebagai bukti
Najib itu Islam- lihatlah Najib pergi umrah 4-5 kali setahun; berdoa didepan
kaabah. Najib akrab dengan Tuhan. Demikian tebal nya keIslaman Najib. Bukan kah Najib yang mempopularkan
wasthiyah? Maqasid shar’iyah, dan banyak lagi? Lihat bagaimana Najib mengenakan
jubah dan berkopiah bermaulid sambil mendendangkan lagu ya hana na. siapa yang lebih Islam dri Najib?
Sekarang timbul
lagi satu cara menepis; yakni dengan memMahathirkan segala masaalah. Najib
melakukan 1MDB ialah kerana Mahathir yang mengajar ini semua. Masaalah dalam Malaysia
hari ini ialah sebab Mahathir memerintah Malaysia selama 22 tahun. Mahathir zalim dan korap. Selama itu
Mahathir telah meletakkan asas untuk Najib melakukan segala nya. Maka Mahathir lah
yang menyebabkan Najib bertindak liar dan menekan rakyat.
Dimana dustanya
penghujjahan yang akhir ini?
Kepada saya,
jika Mahathir bertanggungjawab keatas segala derita yang Malaysia alami dahulu,
maka dia jugalah yang bertanggung jawab keatas segala bahagia yang Malaysia rasai.
Tapi kita tidak
ada 1MDB. Kita tak ada pemimpin yang mencuri wang rakyat dan kemudian buat donno
sahaja. Kita tidak ada pemimpin negara dijadikan objek tindakan undang2 dan nama
nya dijaja seluruh dunia sebagai seorang yang terlibat dalam mengguna wang yang
dicuri dan pengubahan wang.
Orang kampong,
terlindung dari angkara durjana yang dilakukan oleh orang yang kata dia tidak ada kena mengena dengan songlap
wang dan menuduh orang lain suka bergaduh dengan nya.
Faktanya, ialah:
Dr Mahathir lebih banyak tolerate karenah Najib dari mengkritik nya. Dr
Mahathir sepatutnya buang Najib lama dahulu.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment