Saya hanya
hendak mengingatkan apa semua ibu bapa dalam daerah Raub mahukan. Iaitu semua mereka
yang di Hulu dan Kuala Atok fikirkan siang dan malam; apa ayah dan ibu di
kampong Chenua, batu Malim, Batu Talam, di Felda Tersang, di Hulu Sungai, di Kundang Patah,
di Sungai Lui, Pekan Tras, Simpang Kallang, kampong sempalit, pamah kulat, gali
hilir, kampong yah, pamah rawas, kg peruas, pekan dong, Ulu Dong, Kampong Tamalian, Jelu, Pampong, kampong durian
sebatang, sungai pasu, jeram , felda lembah klau, felda krau memerah otak siang dan malam iaitu :-
MENYEDIAKAN MASA
DEPAN UNTUK ANAK DAN JIKA PANJANG UMUR , UNTK CUCU MEREKA.
Inilah ransangan
yang paling besar. Yang menyebabkan kita semua berkerja keras. Kita mahukan
suatu masa depan yang baik sebagai peninggalan kita sebagai ibu dan bapa.
Bagaimana kita
melakukan nya? Dengan sikap penuh bertanggung jawab meletakkan pengurusan negara
ini dalam tangan pemimpin yang amanah, jujur, tidak menipu kita, tidak mencuri
duit rakyat, tidak membuli kita dengan undang2 yang zalim dan yang tidak rasuah.
Sebab kita tahu,
bahawa baik pemimpin baiklah negara dan buruk
pemimpin, buruklah negara.
Apa yang terjadi
kepada negara kita hari ini ialah akibat memberi amanah kepada seorang pemimpin
yang bermuka dua, yang tidak amanah dan
tidak jujur, yang rasuah dan yang telah mencuri duit rakyat. Harapkan pagar,
pagar makan padi. Kita membernarkan musang menjaga ayam kita.
Kelmarin ,
Jabatan Kehakiman Negara Amerika, telah mengesahkan apa yang ramai antara kita
sudah pun tahu, bahawa Malaysian Official 1 ialah Najib Tun Razak.
siapa dia MO1? Orang Pahang sebut- kepala dang. mastermind. yang belakang tabir merancang segala nya.
siapa dia MO1? Orang Pahang sebut- kepala dang. mastermind. yang belakang tabir merancang segala nya.
Ini bererti
dialah orang nya yang mendalangi dan mengarah supaya USD1.03 billion disalurkan
kedalam akaun Goodstar Ltd yang di miliki oleh Jho Low; Dia lah juga yang
mendalangi dan mengarah ejen2 nya menyalurkan USD1.4billion kedalam akaun Aabar
BVI. Dia lah juga yang bertanggung jawab keatas penyaluran wang sebanyak
USD1.26 billion ke dalam akaun Tanore Finance Corporation.
Pemimpin yang
seperti ini , yang sekarang menjaga masa depan yang kita mahu bentuk untuk anak
dan cucu kita. Inilah pagar yang diharapkan menjaga padi kita dan inilah musang
yang kita harap menjaga ayam kita.
Kembali kepada
keinginan kita yang mengatasi keinginan semua yang lain. Menyediakan suatu masa
depan yang baik dan gemilang untuk anak kita.
Masa depan yang
bagaimana? Yang makmur, selamat, diletakkan dalam tangan pemimpin yang baik.
Itu sebetulnya
apa yang kita buat- dari anggota polis di IPD raub, di balai2 polis tras , pekan
dong sampailah ke peneroka felda krau, felda lembah klau dan felda tersang dan ke kampong2
tradisi dalam daerah Raub, berjuang dan berkerja keras- yakni menyediakan suatu
masa depan yang cerah untuk anak2 mereka.
Masa depan yang
mahukan system pendidikan yang baik, yang mengasuh dan mendidik anak mereka,
ekonomi yang baik supaya anak mereka boleh berkerja dan menghasilkan faedah,
boleh cari makan, masa depan yang selamat dari angkara durjana musuh dalaman dan luaran, masa
depan dimana anak2 boleh menjalankan aktiviti agama,masa depan yang bebas dari
pergaduhan sesama sendiri. Bila anak mereka membesar mahu pula melihat
kemakmuran, keselesaan perumahan, kesihatan.
Masa depan
inilah yang sekarang mahu dirompak dan dicurisamun dari anak2 kita. Kita semua
mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan masa depan daripada di robek dan
dimusnahkan.
Yang memusnahkan
nya ialah pemimpin kerajaan dan kerajaan yang rasuah. Najib mahu merobek dan
memusnahkan masa depan anak2 kita yang kita, ibu dan bapa, abang dan kakak berjuang
dan berusaha menyediakan.
Bolehkah kita
biarkan Najib mencuri, memusnahkan dan merobek masa depan anak2 kita? Anak2
kita pun berhak keatas suatu masa depan yang baik, seberhak dengan anak2 Najib
dan Rosmah juga.
Jangan biarkan
Najib menjahanam dan memusnahkan harapan kita.
No comments:
Post a Comment