Wednesday, 24 August 2016

Parti dan Pemimpin Sanjungan Bangsa Melayu



Saya tidak faham kenapa kita hendak berkelahi mengenai status langkah yang diambil oleh DOJ Amerika. Atau kita menyusahkan dan mengusutkan fikiran mengenai sama ada tindakan DOJ sivil atau jenayah. 
Apa yang lebih penting ialah cerita dalam tindakan tersebut.
Betul, tindakan itu tindakan civil. DOJ memohon mahkamah untuk menyita pendapatan dan harta Wolf of wall street motion pictures dan Red Granite . kepada kerajaan Amerika, belanja yang dilakukan oleh Wolf of Wall Street dan apa2 wang yang masuk kedalam kantong Red Granite berpunca dari wang yang dicuri dari syarikat 1MDB. 
wang itu adalah wang yang dicuri dari 1MDB. Yang menyebabkan hasilan untuk wolf of wall street dan Red Granite ialah criminal conduct. Criminal conduct yang merupakan jenayah ialah pemcutan wang atau money laundering. Yang menyebabkan kandungan dalam tindakan sivil itu ialah perbuatan jenayah oleh mereka yang berkait dengan 1MDB.
Melalui tindakan ini, satu dunia dan kita, tahu apa sudah berlaku. Rupa2 nya semua belanja yang Jho Low lakukan, Riza Aziz buat, Qubaisi dapat, Badawy dapat, tarek obaid dapat, Casey Tang dapat, Eric Tan dapat, jho low dapat, adik perempuan Jho Low dapat dan MO1 dapat semua datang dari 1MDB. Semua wang curi. Duit rakyat Malaysia kena sakau, kita masih dayus tidak mahu bertindak?
Dan ini yang memelikkan. Kenapa kita, terutama orang Melayu merelakan wang kita dicuri? Apa kena dengan kepala kita? Wang kita kena curi , kita cakap tidak apa. Sebab nya? Sebab ini selari dengan agenda Melayu? Kalau demikian, jemputlah pemuda UMNO dan pemimpin UMNO meniduri isteri dan anak perempaun kita. Itu pun sesuai dengan agenda Melayu UMNO.
Adakah dengan menceritakan bahawa ianya tindakan sivil, maka musibah keatas negara kita menjadi ringan? Jenayah bertukar menjadi kebajikan? Pencurian menjadi pelaburan sah?
USD3.5 billion telah dicuri dari kita dan orang Melayu mempertahankan pencurian tersebut?
Yang lebih penting sepatutnya dan menjadi objek kepedulian kita ialah pendedahan yang lakukan oleh DOJ. Tanpa kita sedari, pemimpin negara kita telah bersubahat dan berkomplot mencuri duit dari 1MDB. Mengikut DOJ, USD3.5 billion dicuri.
Kita nanti pula pendedahan oleh Switzerland. Hong Kong. Singapura, Perancis. Dan negara 2 lain. Duit 1MDB yang tidak dapat dikesan sekitar USD7-8 billion. Mesti ianya dosonglap oleh geng 1MDB. Sebab pada setiap waktu, urusniaga 1MDB berada dalam tangan mereka.
Kita sudah tahu pencuri duit kita; MO1. Shahrol Halmi. Casey Tang. Jasmine loo. Riza Aziz. Low Taek Jho. Peter Mahoney. Tarek Obaid. Al Qubaisi. Badawy Husseini, Eric Tan dan ramai yang sedang dikenal pasti. Kita juga tahu bahawa wang dari KWAP lesap. Dari SRC lesap dan pencuri nya atau penyebab kehilangan wang SRC ialah Nik Faisal dan Dato Subuh.
Kita hendak beritahu semua orang ni, kita akan buru mereka sampai lubang cacing dan bila kita sahkan mereka yang mencuri, kita akan gantung mereka dari telur mereka. Yang betina kita gantung di kaki.
Semua ini menyebabkan kita bertanya:- Mana dia morality bangsa Melayu? Mustahil mereka tidak boleh membezakan jahat dan baik? Hanya kerana salahlaku tersebut  diperbolehkan  orang Melayu, maka ianya dimaafkan? Kerana yang melakukan ialah Melayu dan segama dengan kita? Low Taek Jho hanya suatu perkakas penting dalam pencurian duit ini- yang membenarkan pencurian dan songlap itu berlaku ialah orang Melayu. 
Sekarang siapakah yang boleh menafikan dengan mutlak, melepasi kesangsian orang, bahawa mungkin Jho Low atau Eric Tan sebenarnya, penyimpan wang bagi pihak MO1? 
MO1 yang tidak lain dan tidak bukan ialah Najib Tun Razak. Perkara ini tidak perlu FBI beritahu kita. Mengenai identiti MO1 yang kita mahu berdemo, dan bertikam lidah ini saya pun tidak faham. Ianya tidak boleh orang lain, kecuali Najib Tun Razak. Terima lah hakikat nya bahawa keturunan Bugis ini penyamun perbendaharaan kita.
Maka sehubungan dengan itu, tidak cukup MP Langkawi memohon maaf. Dia telah menghina Raja Melayu. Ketua Raja2 melayu. Dia telah memberi gambaran bahawa YDP Agong individu yang menerima berpuluh  juta Dollar Amerika dari Putera Arab, dari Blackstone Asia dan dari Tanore Finance Corporation. Adakah Riza Aziz bersaudara dengan YDP Agong? Adakah akaun dalam Ambank private Banking yang menerima segala wang dari 1MDB itu milik YDP Agong?
MP Langkawi telah menghina YDP Agong. YDP Agong digambarkan sebagai individu yang melakukan beberapa jenayah.Adakah orang Melayu akan tidak pedulikan penghinaan tersebut? Saya percaya jika yang melakukan apa yang MP Langkawi lakukan itu, seorang bukan Melayu, Malaysia kita akan meletup.
Demikianlah kehalusan budi pemimpin UMNO sanjungan bangsa Melayu.

2 comments:

  1. Sebenarnya pemikiran FEUDAL orang Melayu yang menyebabkan ramai antara mereka taksub kepada pemimpin, walaupun pemimpin mencuri, menipu dan cakap bohong..... Mentaliti feudal sebegini sukar diubah walaupun menggelar diri mereka Muslim. Tengok sikap agamawan. Mereka bukan tak tahu perbuatan mungkar pemimpin tetapi membisu dan ada pula yang masih menyokong pemimpin durjana sebegini..... Mungkin juga mahu cari makan dan sanggup menjadi munafik......

    ReplyDelete
  2. NNot only that cash has been embezzled, but also that for the so called business transactions such as the buying of the IPPs and real estates from cronies or the selling of bonds every single time cronies are made to make as much money as possible. In the case of the buying transactions, prices paid were way above the market prices. As for the latter, the bonds were issued at discount for no reason to allow the selling later on by the bond holders at market prices of course.

    Hence, the 1MDB - and Malaysia as a whole too - is just a vehicle for some small group of people to embezzle or make tonnes of money at the expense of the rakyat.

    The case of Sarawak during the white hair reign is another fine one as far as the abuse of power for private gain is concerned. Perhaps a half to two third of a trillion ringgit has gone into the pockets of the power abuser, family members and cronies - and justice is nowhere to be found to this day due to the fault of many including the joking MACC, the oblivious rakyat and syok sendiri Opposition.

    Indeed, we all get what we truly deserve.

    ReplyDelete