Sementara itu
selain Najib sendiri, pemimpin kelas 2/second rate UMNO, terus menerus menanam
kekeliruan dalam minda rakyat. Terbaru sekali saya membaca mengenai ucapan MP
Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim. Orang baik tapi berketuakan penyamun.
Tapi, dari dunia mana Irmohizam ini datang dan kepada
makhluk mana dia berbicara?
Apabila kita
halusi, maka ketahuilah kita bahawa Irmohizam datang dari planet UMNO dan
makhluk yang menjadi audiens nya ialah
makhluk ahli UMNO. Mereka hanya sebahagian kecil dari bangsa Melayu yang
berjumlah 15 juta itu.
Apa lagi yang boleh dinyatakan oleh Irmohizam kepada ahli UMNO selain dari mengkakaktuakan pembohongan? Mustahil dia mahu dan boleh berkata- ya- ketua kita menyamun duit 1MDB.
Kita tidak dapat
berita dari DOJ Amerika kerana pada 22 Ogos lalu, beberapa
orang yang terlibat dalam tindakan sivil DOJ sudah lari entah kemana. Akhbar dan
media arus perdana blackout berita2 nya. Mereka membisu seribu bahasa, lidah mereka kelu tidak terkata.
Namun, sikit hari lagi, nantilah ledakan
nya.
Besar
kemungkinan, yang dinamakan dalam tindakan sivil DOJ, tidak berada di mahkamah kerana dinasihati oleh
kerajaan Malaysia supaya jangan hadhir. Kenapa? kerana khuatir tembelang besar akan pecah dan
semua terburai.
Yakinlah,
langkah jenayah akan menyusul dan rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai
drama 1MDB ini. Sementara itu pemimpin kelas 2 UMNO seperti Irmohizam teruslah
mengelirukan pemikiran rakyat terutama ahli UMNO yang melarikan diri dari
kenyataan dengan menganggap 1MDB sebetulnya tidak ujud.
Ahli UMNO
mungkin penghuni gua, tapi bangsa Melayu tidak. Mereka membaca akhbar2 maya dan
membaca yang tersirat. Mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku; Jemputan
Irmohizam supaya rakyat bersikap merdeka dan mempertikai kesahihan pendedahan
DOJ, akan ditolak.
Irmohizam
mencemuh lapuran DOJ dengan bertanya jika maklumat dari DOJ itu benar dan sahih,
mengapa akhbar seperti Wall Street Journal dan New York Times dan Sarawak report, tidak menggunakan hasil
siasatan DOJ?
Mengapalah bodoh
sangat Irmohizam ini? Irmohizam ini
seperti peguam2 juga- ada gred2 seperti telur ayam; Ada gred A dan ada gred C.
Siasatan yang
dilakukan oleh akhbar2 seperti Wall Steet Journal dan Sarawak Repork semua nya
mendahului siasatan oleh DOJ. Akhbar2 itu semua adalah entity private bukan
ejensi kerajaan. Siasatan sebuah ejensi kerajaan seperti DOJ tidaklah terbuka
untuk orang awam dan entiti private seperti Sarawak Report dan Wall Steet
Journal. Faham?
Sebagai bandingan-
siasatan oleh PDRM adakah ianya terbuka untuk orang awam dan akhbar?
Fakta yang tidak
tertangkap oleh otak Irmohizam kerana keasyikan mahu mengelirukan rakyat, ialah
walaupun entiti2 ini menjalankan pendedahan dan penyiasatan bebas dari kaitan
satu sama lain, semua mereka disatukan dengan penemuan2 yang sama. Semua mereka
mendapati MO1 alias Najib Tun Razak terlibat dan ada kaitan dengan pencurian
wang dari 1MDB. Semua mereka tahu mengenai Jho Low, Al Qubaisi, Badawy Husseini, Eric Tan, Casey Tang, Shahrol Halmi dan lain2 nya.
Fakta ini tidak
disangkal oleh kerajaan Malaysia. Sebaliknya, kerajaan Najib Tun Razak
mengelirukan rakyat Malaysia keseluruhan nya, dengan mereka dan buat hikayat serta cerita
dongeng bahawa tindakan DOJ ini ialah cubaan Amerika membunuh orang Melayu,
cubaan Amerika menjajah Malaysia yang sudah merdeka dan juga cerita dongeng
bahawa kerana Najib itu pemimpin Islam, maka Amerika iri hati terhadap nya.
Serendah mana
pemimpin UMNO mahu membodohkan orang Melayu? Jika mereka mahu membodohkan ahli
UMNO- silakan. Tapi kita yang lain nya Melayu tidak akan melanggani penceritaan
dan propaganda puak UMNO.
Alangkah bodohnya
apabila Irmohizam cuba meremehkan keprofesionalan pihak DOJ dengan mendakwa
bahawa DOJ tidak menamakan kepada siapa assets yang dicuri itu akan dikembalikan.
Dia tidak bacakah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Loretta Lynch dan tidakkah
dia baca dokumen 136 muka surat DOJ?
Jawapan nya
ialah: Apabila sahih oleh mahkamah bahawa harta dan assets itu dibeli dengan duit
yang dicuri dari 1MDB, maka semua assets itu dikembalikan kepada kerajaan
Malaysia. Sebab harta itu dibeli dengan duit syarikat kerajaan Malaysia yakni
1MDB.
Yang kita pelik
dan sepatutnya diberitahu oleh Irmohizam dan pemimpin UMNO kelas 2 yang lain
ialah mengapakah kerajaan Malaysia sendiri membisu dan tidak mahu menuntut dan
menamakan diri mereka sebagai pemilik harta2 dan assets tersebut?
Kerana dengan
melakukan demikian, kerajaan Malaysia kenalah mengesahkan siapa MO1, dan
identity pegawai2 lain dan mengesahkan bahawa semua mereka ini, termasuklah MO1
yang terus berbohong kepada rakyat Malaysia, bahawa sememangnya, mereka
terlibat dalam pengubahan wang dan pencurian dari 1MDB.
Fakta nya, buat sementara
ini, sama ada orang awam tahu atau tidak kepada siapa harta2 tersebut dikembalikan, ianya
janganlah mengalih pandangan kita, dari pendedahan yang dilakukan oeh DOJ. Apa dia
nya?
Bahawa wang
sebanyak USD3.5 billion atau sekitar RM14 billion dicuri oleh mereka yang
dinamakan dalam tindakan sivil DOJ. Bahawa DOJ mendedahkan fasa2 pencurian wang
dari 1MDB yang berjumlah 3 fasa. Dan bahawa dalam setiap fasa pencurian itu,
sejumlah wang telah di salurkan kedalam akaun MO1. Dan siapa dia MO1? Tidak
lain dan tidak bukan Perdana Menteri Malaysia yang sekarang.
Tindakan DOJ ini
tidak ada kena mengena lansung dengan cubaan menghikayatkan tindakan ini sebagai
penjajahan bentuk baru atau mencabar kemerdekaan kita.
Kita sebenarnya, khusnya
bangsa Melayu akan mendapati minda kita lah yang sebetulnya terjajah, jika
terus menghamba-abdikan diri kepada cerita dongeng dan tahyul yang direkacipta
oleh Najib Tun Razak dan kumpulan penyamun2 tarbusnya.
"Melayu"
ReplyDeleteoleh : Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Jiwa Melayu
ReplyDeleteMelayu itu orang Islam tetapi malang orangnya........senantiasa takut dan takjub dia dengan orang yang berkuasa, tetapi selalu pula lupa akan Allah zat yang menguasai alam semesta dan menentukan nasib makhlukNya dengan sekehendakNya.
Melayu itu orang Islam tetapi malang orangnya.......derita dan menjadi cacat jiwanya kerana takut dan bimbang akan menjadi miskin harta bendanya kerana murka manusia terhadapnya tetapi redha pula dengan kemungkaran terhadap Tuhannya dan kezaliman terhadap sesama.
Melayu itu orang Islam tetapi malang orangnya.....namun tidaklah kerana miskin harta dan rendah pangkat darjatnya, melainkan kerana miskin jiwanya, rendah akal budinya, dan tipis imannya terhadap Tuhannya.