Sunday, 18 September 2016

Jangan Tipu Orang Melayu.















 ekonomi B40 

lwn



Ekonomi T20





 






 Politik dan dasar kerajaan menghasilkan kesan begini.



Dari EPU, kita dapati perangkaan berikut:-

Jadual 1: PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH MELAYU, T20 , B40, 1970-2014.
PENDAPATAN
20% TERATAS
(T20)
40% TERBAWAH
(B40)
1970
444
57
2014
12630
2367
Kenaikan %
2844.59%
4152.63%
Kenaikan x ganda
28.45
41.53
Kenaikan mutlak
12,186
2310

Apa yang dinyatakan dalam jadual diatas, ialah dari tahun 1970 ke 2014, pendapatan purata isi rumah kumpulan T20 naik sebanyak 28.45 kali ganda. Sementara itu, dalam masa tempoh yang sama, pendapatan kumpulan B40 meningkat 41.53 kali ganda.

Sekali pandang, ini akan mengembirakan semua orang. Pendapatan B40 naik dengan kadar yang lebih besar dari kenaikan pendapatan T20. Politisyen BN  kata- lihat, pendapatan kali ganda golongan miskin lebih hebat dari pendapatan golongan kaya.

Kita pembela bangsa Melayu. Kita pembela rakyat marhaen. 

Tidak dapat dinafikan kenaikan pendapatan tersebut memang suatu yang boleh dibanggakan. Pendapatan purata RM2300 sangat dihargai oleh golongan miskin. 
Namun hari ini, dunia melihat kepada pembangunan dan agihan pendapatan. Bagaimana merapatkan pendapatan golongan bawahan dengan golongan atasan. 

kita lihat umpamanya, kepada kenaikan atau tambahan secara mutlak. Dari RM444 naik kepda RM12,630, pendapatan T20 bertambah secara mutlak sebanyak RM12,186. 
Menakala pendapatan B40, walapun menunjukkan kenaikan kali ganda sebanyak 41.53 kali ganda, hanya mencatat pertambahan mutlak sebanyak RM2310.

Cuba pembaca jawab, adakah RM2310 itu lebih berharga dari RM12, 186? Yang mana  agaknya, orang miskin mahu?

Jawab nya tentu tidak. Atau dari segi kenaikan peratusan, walaupun pendapatan T20 naik sebanyak 2844.59% yakni kecil dari kenaikan peratusan kumpulan B40 sebanyak 4152.63%, pertambahan mutlak itu yang lebih penting.

Ertinya nya? Orang miskin tidak mementingkan pertambahan peratusan atau kali ganda, yang mereka mahu ialah kenaikan mutlak.

Lihat sekali lagi pada jadual diatas. Jumlah kenaikan mutlak pendapatan untuk kumpulan T20 dan B40 ialah RM12, 186 + RM2, 310=RM14,496. Dari jumlah ini, kumpulan T20 telah memperolehi RM12,186 atau 87% dari jumlah kenaikan pendapatan mutlak. 
Satu cara melihat perkara ini ialah menyedari bahawa setiap tambahan RM1 pendapatan keseluruhannya, 87 sen dibolot oleh kumpulan atasan. Yakni, bahagian terbesar daripada kenaikan pendapatan dibalun oleh golongan T20.  

Kenapa demikian? Oh kerana itulah akibatnya pemainan pasaran bebas kita tidak ada kawalan. Salahkan pasaran bebas. Sebab itu kita mahu GLC control ekonomi Melayu; sebab itu kita mahu UMNO berniaga atas nama bangsa, agama dan negara. 
Malah ramai orang yang tidak faham akan memarahi dan menyalahkan pasaran bebas.

Tapi seperti disebut oleh ahli ekonomi pemenang hadiah Nobel, George Stiglitz, pasaran bebas tidak ujud dalam ruang kosong. Yang menentukan pasaran bebas ialah politik dan dasar kerajaan. Dasar kerajaan , polisi mereka dan politik mereka menentukan pasaran dan menentukan hasil pasaran. 
Dalam tahun 80an, suatu pendekatan dasar yang dijalankan ialah supply-side economics. Secara tiorinya, ahli ekonomi memikirkan, cara untuk membangunkan ekonomi ialah melalui memanipulasi penawaran agregat. atau sesiapa yang belajar ekonomi, ini dicapai dengan mengalih kelok penawaran/supply curve ke kanan. GDP naik, inflasi pun turun. 
Bagaimana melakukan nya? dengan mengurangkan cukai peribadi, mengurangkan cukai korporat, mengurangkan belanja kebajikan, melakukan deregulasi keatas bisnes dan meningkatkan perbelanjaan keatas pertahanan. 
Politiknya, ia bermaksud mengayakan segelintir kumpulan yang diharapkan mengembangkan ekonomi. Kek ekonomi mengembang dan walaupun ia menyebabkan kesenjagan pendapatan, orang miskin mendapat bahagian kek yang lebih besar. Jika tidak, mereka hanya mendapat bahagian kek ekonomi yang kecil. Polisi yang diambil termasuklah mengurangkan kadar cukai keatas golongan kaya supaya pendapatan yang lepas dari cukai akan dilaburkan oleh sang kaya. 
Supply-side economics ini adalah lanjutan dari trickle down economics sebelum itu- yakni dasar yang secara deliberate mengayakan segelintir kumpulan terpilih, supaya golongan terpilih ini, akan mengujudkan titisan ekonomi kebawah.
Sejarah membuktikan bahawa yang kaya tidak peduli apa yang berlaku dibawah sana, dan pendapatan yang terlepas dari cukai, tidak dilaburkan. 

Golongan kaya akan terus kaya, sebab dasar yang kerajaan UMNO jalankan akan memenangkan golongan atasan supaya menjaga kepentingan mereka dan penyokong mereka. Memang benar, golongan bawahan akan memperolehi sedikit bahagian dari kek yang lebih membesar, tapi bahagian terbanyak akan dibalun oleh golongan atasan.
Metos perangkaan. 

Kekeliruan atau silap mata yang serupa digunakan oleh menteri kewangan 2 untuk menutup kelemahan Malaysia.

Dengan bangga nya dia menyatakan bahawa ekonomi kita tumbuh sebanyak 4% berbanding dengan Singapura sebanyak 2%. Demikian juga dengan pertumbuhan peratusan negara2 industri  yang maju..

Yang dia lupa hendak beritahu, seperti juga dalam contoh pendapatan dalam jadual kita, ekonomi Malaysia tumbuh dari base yang rendah manakala ekonomi Singapore tumbuh dari base yang tinggi. Pertumbuhan peratusan yang rendah Singapore itu lebih bererti dari pertumbuhan Malaysia.

Pendapatan perkapita singapura ialah USD58,000 manakala pendapatan per kapita Malaysia ialah USD15,000. 2% tambahan pada USD58,000 menghasilkan pendapatan USD59,160. Tambahan 4% kepada USD15,000 memberi pendapatan  USD15,600.

Peratusan kita tinggi, tapi perbezaan per kapita antara Malaysia ( kadar pertubuhan 4%) dengan Singapura( kadar pertumbuhan 2%) ialah USD43,560.

Pendapatan perkapita orang Sinpapura bertambah sebanyak USD1160. Pendapatan per kapita orang Malaysia naik sebanyak USD600 sahaja.

Pendapatan actual dalam tangan itu lebih berharga daripada pendapatan peratusan.

Kita ek dengan pertumbuhan 4%, tapi kenaikan USD600 itu pudar berbanding dengan USD1160.

Lagi pun bandingan dengan negara2 maju tidak tepat. Mereka ini tergolong dalam negara dunia perindustrian dan dunia pertama. Manakala standard Malaysia sama seperti Vietnam dan negara Africa. Indonesia mencatat kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Indonesia negara dunia ketiga.

Malaysia dahulu nya, tergolong dalam ekonomi harimau. Hari ini akibat dasar dan politik Najib, Malaysia menjadi negara huru hara. 




3 comments:

  1. But the poor and miserable need to stay poor and miserable for the status quo to continue forever and one day. And by the look of it, the poor and miserable in Malaysia is not really averse to their condition. The proof? Many are not voters or fail to register to vote - and in case they do vote, guess which party they will go for?

    Unless Malaysia gets to be much worse than it is today, for many of us we truly get what we deserve...

    ReplyDelete
  2. Pedas....
    Belasah selalu, Dato'

    Orang Melayu dah kena tipu pun..
    Tapi orang Melayu ni tak nak sedar lagi. Apa pasal ? Kena tanya otang Melayu la.

    Kalau ini la aje yang menteri boleh nyatakan, behenti jadi menteri la..
    Dia malas ...

    ReplyDelete
  3. Malaysia sudah Jadi Beg Birkin Rosmah...Heh heh. Wanita yang patut diContohi UNESCO..Lagi hah Hah

    ReplyDelete