Sunday, 4 September 2016

Kemiskinan itu hampir2 membawa kepada kekufuran



Tidak ada apa yang hendak dibanggakan bila Najib kata dia tidak takutkan sesiapa, melainkan Allah. Semua orang lain boleh berkata demikian. Bezanya, Najib bercakap dalam kapasiti PM- maka pengucapan tersebut ada kekuatan nya.Ia didengari semua orang.
Kalau perkara yang serupa dinyatakan oleh seorang biasa di Kampong Ulu Dong, atau di Kuala Atok, tidak ada orang peduli pun.

Dia takut atau tidak- tidak releven kepada kita sebab semua orang Islam tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Quran pun ada kata, hanyasanya yang memakmurkan masjid Allah adalah mereka yang percaya kepada Allah, hari kiamat, mengerja solat, membayar zakat dan tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. 
Najib agaknya tidak tahu mengenai perkara ini. Dia ingat dia seorang sahaja yang takut kepada Allah. Dr Mahathir pun tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Sebab itu, walaupun berusia 92 tahun, Dr Mahathir tetap berjihad dan berharap Allah menyebelahi nya. 
Kita tidak pun tanya dia takut atau tidak- kalau tidak takut, mengapa berdolak dalih mengenai 1MDB? Mengapa memberhentikan Ghani Patail? Melindungi Shahrol Azral? Menyingkir Muhyidin, mengugut pegawai SPRM, Polis, meletakkan satu Malaysia dalam Bahaya? Kalau dia tidak takut, dia tidak melakukan angkara durjana bersangkutan dengan 1MDB.

Jadi jangan cakap besar mengenai hubungan nya dengan Allah. Allah bukan ahli UMNO. Atau adakah Najib mendapat laluan dari Allah membenarkan dia mencuri duit 1MDB? Atau Allah juga ahli UMNO yang menjawab kepada presiden parti?

Jadi dalam hal ini, jangan mengheret nama Allah jika sudah terpalit dalam kes 1MDB. Perogol yang berbangsa Islam bila didalam mahkamah memakai kopiah berpasal. Perbandingan nya, bila Najib cakap besar dia tidak takutkan sesiapa melainkan Allah sama seperti si perogol yang pakai kopiah, bersongkok dan berjanggut berpasal bila dihadapkan di mahkamah. Kedua dua akan menunjukkan kewarakan mereka.

Menyebut nama Tuhan tidak bererti Najib  lepas dari tanggunjawab berdepan dengan soal jawab dimahkamah secular jika didapati terlibat. Menyebut nama Allah tidak bererti Najib tidak bersalah. Ramai pun yang berani bersumpah Wallahi, wabillahi , watallahi. 


Tapi kenapakah orang Melayu, khususnya ahli umno tetap juga menyokong dan bersekongkol dengan presiden yang ada kaitan dengan pencurian dan penyonglapan wang 1MDB?

Tidak ada pedomaan moral kah orang Melayu? 
Kemiskinan itu hampir2 membawa kepada kekufuran. 

Saya rasa ada satu sebab asas mengapa kebanyakan orang Melayu tetap sokong Najib walaupun sudah tahu dia kaki sakau wang rakyat. Kita tahu sekarang dia lah embezzler-in-chief yang mengetuai kerajaan kleptoraktik. Kerajaan kleptokrasi ialah kerajaan pencuri, oleh pencuri dan untuk pencuri. Dan sekarang kita tahu wabak mencuri ini telah menular kedalam struktur jabatan kerajaan dan GLC.Dari yang bertugas di Bandaraya sampailah kepada bank GLC. Dan tidak syak lagi, orang2 ini, si Jenderal dan Tuan Syed, semua tidak takutkan sesiapa, melainkan Allah. Cuba tanya mereka ini, pasti mereka akan jawab, kami berserah pada Allah. Kami hanya takut kepada Nya.

Kita tidak perlu ambil pusing sangat pengakuan chief macai Najib yang bangga menjadi budak suruhan Najib- apa lain yang dia boleh kata? Dan kita hanya ketawa sahajalah bila dia mengatakan Najib komited kepada bangsa, agama dan negara. Semua pencuri pun, bila kena dedah akan berkata demikian. Semua penyangak bersembunyi disebalik semboyan agama, bangsa dan negara apabila kena tangkap. Apalah lah yang sangat hendak dihairankan.

Bila kita ambil alih kerajaan kita akan periksa akaun bank KSU, TKSU, ketua2 jabatan kerajaan, hakim2 dan semua yang sekian lama kita syak mendedalu diatas batang tubuh kerajaan. Kita periksa akaun penjaga2 pintu dilorong lorong kuasa.  Atau orang Melayu UMNO akan mempertahankan mereka juga?

Kembali kepada sebab mengapa rakyat biasa Melayu terus nampaknya menyokong kerajaan UMNO yang korap dan rasuah. Sebab ini sudah diketahui lama oleh pemikir2- yakni tidak akan terjadi kebebasan membezakan buruk dan baik, jahat dan murni tanpa kemerdekaan ekonomik. Orang yang tidak ada kemerdekaan ekonomik, akan tersekat dari membezakan antara baik dan buruk, benar dan salah.

Selagi orang Melayu bergantung kepada BR1M, kepada perancangan pusat, menanti inisiatif dari atas, selagi bergantung kepada bantuan2 kerajaan, maka selama itulah, orang Melayu tetap menjadi hamba abdi.
Kerana tahu akan hal ini, maka kerajaan yang korap dan rasuah tidak akan mengagihkan sumber pengkayaan secara adil kepada rakyat nya. Lebih untung mengekalkan Melayu mundur dan miskin.

Selagi orang Melayu menganggap bahawa setiap biji nasi yang dia makan adalah hasil perjuangan UMNO, maka selagi itulah melayu jenis demikian tidak mengenal kemerdekaan yang sejati.

Kemerdekaan sejati ujud bila kita ada kebebasan pilihan. Freedom of  choice.

Orang Melayu terutama yang tinggal di luar bandar menerima sebagai resam dan adat, bahawa kerajaan akan terus memberi BR1M , bantuan kebajikan, memajukan bandar, memberi kemudahan awam dan sebagai nya. Selagi orang luar bandar dapat rumah, cukup makan, rasa selamat, boleh pergi surau dan  masjid, anak2 pergi sekolah dan kemudian dapat baisiswa dan masuk kolej dan university tidak kira ambil jurusan apa- mereka sudah puas hati. Jadi mereka tidak melihat alasan untuk menukar kerajaan.

Biarlah  Najib dan pak menteri balun duit kita, asal kita dapat makan, ada rumah, ada selamat, boleh pergi masjid dan surau- itu sudah cukup untuk kita. Kerajaan bertukar pun, kita macam ini juga.

Mereka tidak tahu, bahawa syorga loka seperti ini akan hilang dengan tindak tanduk kerajaan yang dipimpin oleh seorang perasuah dan pencuri. Apabila kerajaan menyediakan kemudahan awam, memajukan bandar, mengadakan pembangunan, semua itu dirasai oleh umum. Itu pun dia tanggung jawab kerajaan.
Tetapi siapakah yang menguasai dan menghimpun sumber pengkayaan dalam tangan segelintir yang terpilih, yang terdiri dari Melayu UMNO, Cina dan India dan bangsa lain? Adakah sumber pengkayaan ini diagihkan secara adil? 
Mereka yang tidak takutkan sesiapa melainkan Allah. Penyamun pun berkata demikian. 

2 comments:

  1. Dapat derma RM 2,600 juta bayar zakat ke tidak. Kalau takut pada Allah tentu bayarkan?

    ReplyDelete
  2. salam dato,

    pada suatu ketika dahulu saya amat bermegah dgn status sebagai 'anak kelahiran Pekan' olih kerana PM kita d angkat olih penduduk nya.

    tapi sekarang d sebab kan angkara wakil rakyat nya yg kelahiran k lipis, maka jika bolih saya lebih cenderong utk menyembunyikan fakta ini - MALU !!!.

    saya pernah menyarankan agar perwatakan najib sebenar wajib d dedahkan kpd penduduk Pekan agar beliau tidak d pilih lagi dlm PRU 14 kelak.

    DIA ADALAH INSAN MUNAFIK. cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete