Monday, 12 September 2016

Pendapatan bulanan Melayu Raub dan Perbelanjaan seorang wanita Melayu.




Tukang2 sihir yang mengelilingi Najib dan Rosmah akan melakukan pelbagai silap mata membela dan mempertahankan mereka.  Mereka boleh kata apa pun, tapi rakyat lah yang menilai dan menghakimi mereka. Rakyat pun tahu, semua nya cuba menegak benang yang basah.
Hari ini tidak ada orang hendak dengar perutusan hari merdeka atau perutusan hari raya dari Najib. Siapa lagi yang mahu percaya kepadanya kecuali orang2 dalam lingkungan pengaruh wang dan kuasa nya?

Antara berita dan cerita yang terkini, yang dikeluarkan oleh ASWJ ialah bagaimana Rosmah Mansor belanja sehingga USD6 juta untuk membeli belah. Pakaian, kasut, beg tangan dan barang kemas. Ini bukan kontroversi pertama mengenai Rosmah Mansor. Suatu ketika dahulu, negara digemparkan dengan isiu cincin berlian RM24 juta.

Orang Melayu dari kampong Peruas Ulu Dong, Pamah Rawas, Pamah Kulat, Ulu Atok, Kuala Atok, Kampung Tamalian, Sungai Pasu, Durian Sebatang, Kampung Yah, Semantan, Kampong Tok Machang,  Kg Pampong, Kg Jelu, Kg SC dan puluhan kampong2 lain, tidak terbayang banyak mana USD6 juta itu. Tanyalah orang di Kg Pintu Padang, Batu Malim, Sega Tat- mereka hanya terkebil kebil mendengar dasyat nya angkara pemimpin negara ini.
Mereka hanya menjual buah salak, rebung, umbut kelapa, halia, kunyit, petai dan jering, bunga kantan, buah perah, ikan keli dan sayur sayuran. 
buat apalah deme nak usik tok jib dan kak ros. Dia orang Melayu, Islam pulak agama nya. 




 













Ekonomi yang menjana pendapatan tinggi. Kearah ekonomi pendapatan tinggi.





 










Jangan kita ketawa, semua penjaja diatas ada pendapatan bulanan RM5000 sebulan!.

Kita sehingga kini masih ternanti nanti saman keatas AWSJ yang digembar gembur sejak , saya rasa setahun yang lalu.Kali ini, jika AWSJ membuat fitnah kepada wanita pertama Malaysia, kerajaan Najib patut menyaman media tersebut.

Reaksi yang diduga dari tukang2 sihir Najib dan Rosmah ialah mengatakan semua itu fitnah dan pembohongan.Namun, itu tidak mencukupi kerana respons yang dikehendaki ialah pembelaan yang robust.

Dalam zaman Firaun dahulu, tukang2 sihir yang mengelilingi Firaun pun melabelkan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa dan Harun sebagai fitnah yang besar. Hari ini fakta2 yang dikemukakan akan dilabel sebagai sihir dari orang jahat yang dengkikan Najib dan Kak Ros.

Dalam sehari dua ini , kita bacalah reaksi dari tukang2 sihir Najib dan Rosmah. Tentu ini satu lagi serangan dari negara yang dipimpin oleh rakan golf Najib, Barak Obama.

Bandingkan pula perbelanjaan Rosmah Mansor yang didakwa oleh AWSJ itu dengan ekonomi orang Melayu di Raub.

Agaknya, inilah orang Melayu yang memperolehi pendapatan purata sebanyak RM5000 sebulan. Jika demkian, kerajaan akan dapat jimatkan wang kerana tidak perlu lagi beri BR1M.
Orang2 kampung di Raub sangat marah dengan Khazanah Malaysia seperti juga mereka marahkan Wahid Omar suatu ketika dahulu. Apabila mereka di kategorikan sebagai pemilik pendapatan RM5000 sebulan, mereka akan berdepan pula dengan LHDN. Harap2 pegawai LHDN tidak percaya kepada lapuran sedap didengar oleh Khazanah Malaysia. Pada pihak kebenaran nya, rakyat sedang sesak dan amat sedar bahawa kesenjangan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin semakin meluas dan melebar.
Tapi, sementara itu,beruntung lah rakyat Raub terutama penjaja2 pasar tani dan pasar pagi dan malam yang dikatakan mempunyai pendapatan RM5000 sebulan oleh lapuran mengenai keadaan negara Khazanah Malaysia. Sekurang kurang nya mereka terkeluar dari kumpulan yang diharamjadahkan oleh Najib Tun Razak. Mereka bukanlah golongan papa kedana yang tidak diketahui ujud di negara ini oleh PM kita.

Bersyukurlah rakyat Raub kerana mendapat pemimpin negara yang jadi kebanggaan 30 juta rakyat Malaysia. Inilah pemimpin pertama negara kita dapat bermain golf dengan Barak Obama.

Kita juga harus berbangga dengan pemimpin yang disebut sebagai MO1 dalam tindakan sivil DOJ Amerika. Tidak pernah ada PM kita yang disebut dalam langkah DOJ sebelum ini.

Bersyukurlah Raub kerana mempunyai isteri PM yang bijak menabung dari kecil. Berbangga juga makcik dan kakak kerana ada isteri PM yang tersangat pandai membeli belah digedung mat salih. Nama wanita Melayu yang beginilah yang mengharumi nama Malaysia diseantero dunia.Jika lapuran tersebut tidak benar, maka martabat wanita pertama kita, tidaklah hebat seperti yang digongkan.

Jika benar lapuran ini, maka gerhanalah nama Imelda Marcos dan Suzanne Mubarak.

Marilah kita orang Melayu bertemasya.  Pasangkan lagi Said Effendi. 
Mereka Melayu dan Islam lagi. 



3 comments:

  1. salam dato.
    sebut saja kampong2 d daerah raub membawa perasaan nostalgia kpd saya.

    semasa menuntut d tingkatan 3 n 4 d Mahmud school, saya berkesemapatan melawat kampong d sekeliling Bandar raub.

    saya berharap dato akan kekal mempertahankan kawasan parliament raub.

    saya sedang cuba mendapatkan pandangan mantan ipar saya yg amat d hormati olih tok2 batin d kawasan Pekan. jika respon nya positive maka saya akan menawarkan diri utk menentang najib dlm PRU 14 akan datang.

    battle cry saya amat jelas - "2 get rid of rosmah in government administration, najib wid hv 2 b sacrificed"

    ReplyDelete
  2. Tabik rahman jpc ... go for it!

    ReplyDelete
  3. Unfortunately the majority of the Malays do not agree with you, right ?

    ReplyDelete