Friday 9 September 2016

Orang Asli- Emansipasi melalui pendidikan dan asuhan.

Hari Pendidikan SEMOA, Raub.



Beberapa kilometre dari simpang masuk ke Jalan Teras- Bukit Fraser, terdapat suatu kawasan kemudahan pendidikan untuk masyarakat orang Asli. Ianya adalah sebuah pusat pendidikan dan asuhan untuk masyarakat orang asli dari sekitar daerah Raub.

Pusat komuniti- pendidikan orang asli ini diujudkan dan tubuhkan oleh sebuah sebuah organisasi bukan untuk keuntungan atau non-profit organisation,  yang didaftar sebagai SEMOA Berhad. SEMOA BHD ialah sebuah badan bukan untuk keuntungan yang bergerak pada asasnya untuk membimbing masyarakat orang asli mencapai kemajuan melalui pendidikan dan latihan serta asuhan. Pertubuhan ini diasaskan oleh 2 orang individu pada tahun 1996. Pengasas2 nya ialah Encik  Cheah Kim Hock dan Mr. Rajendran A/L Velu.

Sejak tahun 2013, saya telah megambil bahagian dalam pelbagai kegiatan di pusat Pusat Pendidikan Orang Asli Semoa Raub. Saya mempunyai hasrat yang sama iaitu mahukan orang asli mengambil tempat yang wajar dalam masyarakat Malaysia melalui pemilikan pendidikan dan latihan. Kedua perkara ini merupakan tiang kepada emansipasi masyarakat orang asli.




 aktiviti bersatuan.

Saya menyanjung tinggi usaha yang dijalankan oleh Encik Cheah dan En Rajendran. Mereka telah mendapatkan sumbangan dari sektor swasta untk membiayai kemudahan2 yang ada diatas tanah seluas 6 ekar milik SEMOA. Dan sebagai langkah kehadapan, SEMOA telah berjaya membeli  tanah tambahan seluas 6 ekar lagi yang terletak dihadapan pusat pendidikan yang sedia ada sekarang.

Diatas tanah ini terdapat beberapa kemudahan seperti dewan utama, kutubkhanah , penginapan untuk pelajar, bilik tusyen dan sebagainya. Pusat ini juga menawarkan khidmat seperti pengangkutan untuk pelajar2 orang asli. Anak2 orang asli ini belajar dibeberapa buah sekolah disekitar Raub.

Pengasas pusat pendidikan ini amat aktif menjalankan aktiviti2 yang membentuk keperibadian masyarakat orang asli. Sepanjang tahun, pusat ini menjalankan pelbagai kegiatan sosial dan pendidikan. Disamping mendapat bantuan kerajaan, pihak swasta banyak yang terlibat dalam kerjasama dengan SEMOA untuk mengasuh dan mendidik orang asli.

Saya merasakan usaha seperti yang dilakukan oleh SEMOA dengan kepimpinan individu seperti Encik Cheah dan Rajendaran patut di sokong oleh semua pertubuhan dan pemimpin2 yang mahu masyarakat orang asli menyertai kemajuan dan pembangunan arus perdana. 


Disamping itu, apa yang dilakukan oleh 2 individu ini patut menjadi teladan kepada pertubuhan2 sukarela yang lain. 

Sebagai ahli parlimen Raub, saya bersedia memberi bantuan semampu mungkin untuk memantapkan lagi usaha murni SEMOA Raub.

2 comments:

  1. Terima kasih dari hati sanubari kita kepada Tuan pembimbing rakyat di Raub ... anda lebih ori daripada asli, ya Abang!

    ReplyDelete
  2. Congratulations Dato on your effort to upgrade the lives of the people of Raub district.

    If I may ask. What happened to your SAK-AK47 blog.
    Thank you
    M-16

    ReplyDelete